Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009 & Selamat Datang 2010

Selamat tahun baru..

akan update apa resolusi tahun nanti...

Saturday, December 26, 2009

diet..oh diet..

assalamualaikum...

ha.. dah lama jugak la aku tak hapdet blog aku. tak tau nak tulih apa. nak cerita pasai diet aku pun rasa malaih plak sebab diet aku dah hancus. aku dah makan nasi banyak kali dah. ari nie, aku masak nasi beriyani. wah... nasi beriyani gitu. sebenarnya, yang peket punyer. semua bahan siap ada dlm tu dah. just beli ayam & sayur untuk dalca ja. sedap jugak aku rasa. kesimpulannya, aku mkn nasi beriyani lah ari nie.

aku try jugak la control diet aku. walaubagaimanapun, aku start balik diet aku nie nx year. dah gian nak makan nasi dah skrg nie.

fasa pertama 99HTN berjaya,
fasa kedua 99HTN (Dec), "GAGAL".
aku akan cuba sedaya upaya aku untuk menjayakan 99HTN aku untuk fasa ketiga, yakni bulan Jan 2010 nanti. Aku akan sertakan dgn detox jugak.

Wah... semangat gitu.. HA..HA..HA..

Wednesday, December 16, 2009

Update 3DDP

Amacam ngan 3DDP aku?

ha..ha..ha.. tak berapa berjaya la. kepada korang yang berjaya mengharungi detox plan tu, congratulation saya ucapkan. Walaupun aku tak berjaya mengharungi sepenuhnya... namun, semangat masih ada wo.

Sebelum aku cerita ttg menu aku, aku nak update dulu berat aku. Berat aku pd ari isnin = 14 Dec 09 islah 63.9 kg. aku pun tak sure gak berat aku nie, sbb mlm sebelum tu aku makan banyak. sorry la takde gambo. Actually sebelum nie berat aku dah turun sampai 63.3 dah but weekend ari tu aku banyak makan. sebab tu, berta aku dah naik semula.

seperti yang korang sedia maklum, aku tak berjaya meneruskan cabaran pada hari pertama iaitu 15 Dec tu. So, aku decide nk mulakan plan nie pada ari selasa (15 Dec). Jom tengok menu aku.

1st day (15 Dec)
0900 : fitness cereal + low fat milk
1030 : plain water
1130 : buah betik sebungkus (RM1)
1340 : sebungkus buah tembikai + sebungkus buah belimbing
1600 : sebungkus honey dew

actually, kepala aku dah start pening masa nie. but after makan honey dew tu okey sikit.

1930 : sayur brokoli/carrot (rebus but letak minyak 1 ts + sos tiram) + 2 ayam masak sambal (dah tak tahan dugaan ..hu..hu..)

2nd day (16 Dec)

ari nie aku rasa konfius, whether nak teruskan ke tidak 3DDP tu. aku rasa macam tak mampu je.

0920 : 1 mug plain water
1020 : 1 kpg tosei + teh tarik
1330 : sebijik buah pear
1600 : semangkuk salad w cream

buat masa nie, aku try maintain detox aku walaupun pepagi lagi aku dah kantoi. aku rasa ie bukan namanya detox lagi sebab dah campur dgn makanan lain. he..he..

bila la aku dapat buat detox yang betul2?

----------------------------------------------------------------------------------
sambungan untuk ari nie.

1800 : sebungkus biskut julie's + 3 kpg roti gardenia cicah kari
1930 : pearl cafe + sebungkuslagi biskut julie's.

Dah kenyang..... itulah hasilnya ari nie.

Actually, ari nie aku tak berapa sihat. selsema pulak.



Monday, December 14, 2009

3 DDP

Arinie sepatutnye aku dah start 3 DDP bersama geng2 yang lain. But, oleh kerana persediaan tak cukup, aku dah kantoi pepagi lagi. Oleh itu, aku ambik keputusan nak start jer detox program aku nie esok. Leh tak Flo? Sorry about it.

9.30 am : Biskut julies sepeket + plain water
10.30 : sebiji epal hijau
12.30 : sebiij buah pear
2.30 : sayur bayam goreng (semangkuk) + 1 1/2 ekor ikan kembong masak sambal.
3.00 : 1 mug pearl cafe

p/s : red font indicate 'kantoi' for 3DDP.

Kepada rakan2 yang berjaya memulakan misi 3DDP, syabas diucapkan. saya masih lagi berjuang untuk melaksanakan misi nie. Mudah-mudahan, Allah kuatkan semangat saya meneruskan misi suci ini.

Sunday, December 13, 2009

Nasi lagi....

update list kantoi nasi. refer N3 Log kantoi..

Saturday, December 12, 2009

Happy birthday Maisarah




Happy birthday Alya Maisarah. Hari nie, genaplah umar anak mama yang ke 2 tahun. kejap jer dah besar dah anak mama nie. Mama doakan semoga Allah memberkati Maisarah dan berikan yang terbaik buat anak mama.

Mama dah aturkan birthday party buat Maisarah. kite buat kat umah maktok kat Penang. Yang sedihnyer sebab ayah tak dapat join sekali. Ayah tak dapat cuti. oleh itu ayah tak ikut balik Penang. Takpelah Maisarah. Walauapapun, ayah tetap dihati kite. sentiasa bersama kita. Doa ayah sentiasa untuk anak ayah nie.

Untuk birthday Maisarah nie, mama tempah cupcake dr aunty mimie. Aunty mimie ni pun join program diet yang mama sedang join sekarang nie. Kek yang mama tempah tu bertemakan princess & mickey. so... cute. credit to aunty mimie. Sedap lah cake tu.

Menu untuk birthday party tu, bihun/ mee sup, KFC & cake. wallah...

Jom layan pics birthday girl.....





Kek harijadi Maisarah
Pre-birthday party
Ready for party

The birthday girl


Birthday girl with beloved brother, Adam.



Pandai ke potong kek tu Maisarah?


Abang Adam nak tumpang posing sikit


With Abang Azrul. His birthday was yesterday. Happy birthday to Abang Azrul (Dua pupu Maisarah)


Ha.... wat per tu?


Dengan sepupu sepapat. Versi ninja Assassin.



Wednesday, December 09, 2009

Log kantoi

Entry nie aku buat bertujuan untuk monitor activiti kantoi aku. brapa panjang list aku. so that aku akan rasa gerun bila tenguk list tu. Ini mengenangkan prestasi aku semakin menurun. Ermmm... aku harap, trick kali ni akan berhasil.

Tengok tu, dah banyak dah!!! confirm tak menang sbb aku tgk ramai yang masih bertahan. tak kurang jugak ramai yg dah kantoi. but aku tak tau whether ade ke yang dah kantoi seteruk aku. hu..hu..

1. 24 Nov - 1/2 senduk nasi beriani
2. 28 Nov - Ketupat mini 2 ketul
3. 29 Nov - 3/4 senduk nasi
4. 03 Dec - Seketul ketupat mini
5. 04 Dec - 3/4 senduk nasi beriani (cannot tahan la. ada makan2 kat ofis)
6. 06 Dec - 1/2 senduk nasi minyak. (umah kenduri)
7. 07 Dec - 1 senduk nasi putih. (lama tak makan nasi bersama suami. so, layan)
8. 09 Dec - sebungkus nasi lemak. (plan nk beli bihun grg BUT nasi tersebut nasi entah ler.
9. 12 Dec - 3 sudu nasi minyak (kat umah kenduri) - kononnyer just nak ambik nasi tu dan letak kat tepi je, cover la... but tak tahan la tgk nasi tu. aku nie bukan jenis yang ambik sekadar hiasan. membazir je... baik makan. kalu tak nak mkn, takyah ambik.
10. 12 Dec - 1/2 bungkus nasi goreng udang untuk dinner. asyik dok dengaq depa cerita ja pasal nasi nie. tu yang terpaksa try jugak tu. mmg sodap.
11. 13 Dec - 3 suap nasi goreng. Saja try masakan makcik aku. lama dah aku tak makan masakan dia nie. karang, kecik lak hati.

Memang insaf.

Tuesday, December 08, 2009

Awan dania...


sunyinye malam nie. hubby keje petang lak. Kul 12 mlm br balik. bertambahlah rasa rindu pada anak2.

tak sabar rasanya nak balik Penang. Hari Jumaat public holiday (Sultan Selangor birthday). So, arie khamis aku half day. Yuhuu.... boss dah bagi green light. I'm going back to Penang. Nak try naik firefly lah kali nie. hopefully, ada sit la (maklumlah, stand-by basis). that's why la aku ambik half day leave ari khamis tu, so that aku leh catch early flight. Kalau after ofis hour takut takde sit lak nnt. Apa-apa pun good luck for me.



Info of ATR72-500

The aircraft design is inspired from a high-wing, twin turboprop aircraft optimized right from the start for efficiency, operating flexibility and passenger comfort.

The operational weights comply with the new regulations increasing the standard passenger weight and provide the ATR 72-500 with a maximum range of 890 Nm or an out and return trip of 420 Nm (without refueling), both being at full passenger payload. The ATR 72 secondary structures are extensively made of corrosion-resistant composite material. In addition, the ATR 72 innovates by the use of carbon fiber for its outer wings and a composite tail, thus reducing weight further.

One of the current and future challenges faced by airlines is controlling fuel costs. ATR offers the best solution for regional transport aircraft. This success is a tribute to the talent of a company that continuously strives for excellence in a never-ending quest for improvement and innovation.

ATR 72-500 Specifications
PerformanceMax cruising speed (TAS) – 275 knots (510 km/hour) at:
97% MTOW
5,180 m (17,000 ft)
Economical cruising speed – n/a
Max operating altitude – 25000 ft
WeightsMax Take Off Weight - 22,800 kg (50,265lb)
Power plants2 x PW127M engines
Hamilton Standard 568F, 6-bladed propeller, specially optimized for low cabin noise in climb and cruise, and low vibration
DimensionsWing Span – 27.050 m (88 ft 9 in)
Length – 27.166 m (89 ft 1.5 in)
Height – 7.650 m ( 25ft 1 in)
Wing Area – 61 m2 (656.6 sq.ft)
CapacityCrew – 2 x Pilot & 2 x Cabin Crew
Seating – 72 pax

Cerita - ceriti 99 HTN

Wah... tajuk gitu.

Nie aku nak story tentang perjalanan diet aku bersama 99 HTN yang di anjurkan oleh Pn Zel. Thanks sis!

Dah 38 hari dah contest nie berlangsung. setakat ari nie, aku dah terkantoi makan nasi sebanyak.....

1. 24 Nov - 1/2 senduk nasi beriani
2. 28 Nov - Ketupat mini 2 ketul
3. 29 Nov - 3/4 senduk nasi
4. 03 Dec - Seketul ketupat mini
5. 04 Dec - 3/4 senduk nasi beriani (cannot tahan la. ada makan2 kat ofis)
6. 06 Dec - 1/2 senduk nasi minyak. (umah kenduri)
7. 07 Dec - 1 senduk nasi putih. (lama tak makan nasi bersama suami. so, layan makan nasi sama2)

Wah... dah banyak kali dah tu aku makan nasi. Kalau korang tengok, bulan Dec nie aku macam tak berapa tahan godaan kan? Dah sampai tahap kemaruk nak makan nasi dah kot. But inilah kelemahan aku, kalu aku dah start break, mula lah kucar- kacir keadaan. Sudahnye.... 7x makan nasi dalam masa 38 hari.

Bila dah senarai macam nie, rasa insaf la pulak.

p/s : Zel, sori la gambar nasi takde.


Monday, December 07, 2009

1st week at grandma's house

entry nie, leeja just nak update gambar anak2 semasa diorang kat umah mak kat Penang. walaupun leeja baru je balik tgk diorang weekend ari tu, ari nie, dah di hujani rasa rindu yang teramat sangat. huk..huk.. tak sabar nak tunggu ari khamis. nak balik jumpa anak2.

Jom layan pic my kids kat kampung....



Ops... Adam betul tahu tunggang basikal. dia just "tuntun" basikal tu ja. Bahagia sungguh boleh main kat luar umah. kalu kat KL jgn harap la dapat peluang.



Syoknye anak mama main pasiaq. Eh, selipar mana?



Nie, apa kes nangis nie aku pun tak tau. makcik aku yang snap gambar nie. Maybe first time naik kete sorong ni kot. Takut!!!



Bersama paksu imran.



Wah, syoknya Maisarah naik buai!
Buai laju-laju,
Sampai Pokok Sena,
Apa dalam baju,
Sekuntum bunga cina.



Nie pulak pak Ngah nabil ngan kambing peliharaan.




Kat KTM Butterwoth. Gi beli tiket keretapi. minggu depan kite balik naik train. Sebab tu masa aku balik semalam Adam tak nak ikut sbb aku balik naik bas. Dia nak balik naik train next week. Berjaya la pujukan maktok.



Kat umah kenduri.



Sedap ke jeli tu Maisarah? Puas jugak nak pakaikan cik adik nie cardigen tu. but sweet la.



Tuesday, December 01, 2009

Rindunyer kat anak-anak mama...


Dah 3 hari dah mama tak peluk anak2 mama. rindu sangat pada Adam & Adik. especially bila mama kat umah la. sunyi sangat. dah la ayah balik lewat. kul 10pm baru sampai umah.

Tengahari tadi mama dah tipon Adam. Mama tanya, "syok dak adam dok kat umah maktok" Adam kata, "syok!". Pas tu mama tanya lagi, "nanti mama ambik balik umah mama yer". Adam kata, "tak nak, adam nak dok umah maktok". Hu..hu... sedihnyer mama rasa. Napa anak mama tak nak balik. tak rindu ke pada mama. Mama rindu sangat pada anak mama. Mama pesan kat anak mama, "dok baik2 na... jangan gaduh dengan adik tau. Adam kata, "tak gaduh, dok baik-baik".

Mama pun rindu kat maisarah, tapi maisarah tak berapa pandai nak cakap kat handphone. diam je. Lagipun, time mama call tadi, maisarah tido.

maktok kata, dua2 orang anak mama ni okay je kat kampung. tido malam pun okay. tak nangis. adalah terjaga sekali, buat susu, terus tido balik. Semalam adam tido, tak jaga malam. adik pulak terjaga sekali jer. hairan gak mama. selalunyer, yang jaga malam ialah adam. bukan sekali, kadang-kadang 2-3 kali nak susu.

Tak sabar nak tungu hari Jumaat. Akan ku terbang ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan anak-anakku.

Tak sure lagi nak balik naik apa. for sure tak drive ler sebab mama balik sorang. Kalu naik flight, malas lak nak standby kat airport. Kalu nak naik bas, bosan gak sorang2 selama lebih kurang 4 jam tuh. Nanti lah, mama fikir. yang penting mama dah tak sabar nak jumpa anak2 mama.

kekadang tu, terfikir gak nak biar anak2 mama kat kampung lagi seminggu. biar anak2 mama enjoy puas2. maklumlah, kawasan umah maktok luas. boleh mainsakan. tak macam kat umah kite, flat jer. terpaksa dok dalam umah jer. Dan boleh la maktok & tokwan main puas2 ngan cucu-cucunya. TAPI... mama rindu kat anak2 mama.

Jom layan pic Adam & Maisarah...












Prosperity Burger satu!

Prosperity Burger telah kembali... kenapa awal lak muncul nih.

Oleh kerana kebuhsanan, maka aku singgah la Mc D untuk mendapatkan burger tersebut.
Burp.... Alhamdulillah, br selesai layan prosperity burger. Pedas woooo...

Actually niat di hati, ari nie dah tak nak makan banyak ler. dah nak kene reset semula menu diet. Dr pagi hingga ke tengahari, menu tu maintain lagi. but... Akhirnya......

sarapan : Milo 'o' + sebungkus biskut Iko
Lunch : Koey Teow goreng - plan nak makan sup but gerai tu tutup lak.
adakah alasan ini boleh diterima pakai
Minum petang : kerepek ubi + kuih
Dinner (6.30 pm) : Prosperity Burger + its fries

Cukuplah setakat ini. Hopefully no more meal after this.

P/S : Aku rasa, mungkin aku patut menjejaki langkah rakan2 yang lain untuk men'detox'kan diri. makbe aku start ngan berpuasa dulu kot.

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers