Saturday, October 31, 2009

Usaha Tangga Kejayaan.

Usaha tangga kejayaan. Wah... semangat gitu! memang payah untuk kita mencapai sesuatu yang kita hajatkan. banyak cabaran dan dugaan harus di tempuhi. namun kita harus tabah, cekal dah terus berusaha. (lain macam je bunyinya) Inilah kata2 semangat untuk diri mama.

Memang payah untukku teruskan diet aku kerana makanan memang kegemaranku. Senang cerita 'kuat makan la'. Asyik nak mengunyah jer. Argh.... macam mana nie? bolehkah aku mencapai 'target'ku? Oleh kerana itulah, aku nekadkan diri menyahut cabaran 99 HTN. Pada awalnya, aku rasa sangsi. Selamatkah berdiet tanpa nasi? Apa kesannya bila kita mengambil semula nasi setelah cabaran tu habih? takut lak, nanti aku balas dendam lepas ni, makan semua benda. Ini membuat aku gusar... tak keruan. Ish... apalah macam nie, Insya-Allah, boleh punya. Bukannya aku tak makan langsung, cuma aku perlu gantikan nasi dgn sumber tenaga yang lain.

Bila sarah bagitau aku yang dia pun nak join jugak cabaran nie, aku rasa semangat sikit. ada kawan kat opis. Kepada sarah... Jom dik, kita boleh! Kepada rakan2 yang lain... Ayuh kita mulakan. Usaha Tangga Kejayaan.


Friday, October 30, 2009

My new scale


Oleh kerana semangat untuk menurunkan berat badan sungguh membara, akhirnya ku beli weighting scale. senang sikit nak track berat badan lepas ni. baru la consistant sebab mengunakan 1 jenis timbang je.


Macam biasalah, anak2 mama pulak memang excited kalu mama nak timbang. Adam tukang tolong tengok. Yang paling mama risau, maisarah la, sebab scale ni kaca. Maisarah selalu pijak tepi, sudah semestinya la scale ni terhentak. takut pecah lak.


Monday, October 26, 2009

Do'a untuk temuduga

Oleh kerana aku akan hadiri temuduga pada hari rabu nie, aku sibuk la mencari tips2 yang boleh digunakan untuk menghadiri temuduga tersebut. Maklumlah, dah 3 tahun tak hadiri temuduga. Especially, temuduga di tempat kerja sendiri untuk kenaikan pangkat. Debarannya lain sikit.

Pertama,
Doa untuk temuduga ini diperolehi dari Dr Hj Fadzilah Kamsah menerusi rancangan 'Bersama Dato'' di siaran Astro Oasis 106.

Sebelum masuk bilik temuduga, baca:

1) Fatihah
2) Ayat Kursi
3) Ayat 1000 Dinar
4) Zikir 'Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir'

Quote from, http://tazkirahs.blogspot.com

Kedua

Jika hendak pergi temuduga/berjumpa dengan seseorang dengan tujuan penting. Pada pagi yang berkenaan, buat solat subuh/dhuha/sunatdua rakaat,rakaat yang pertama selepas alfatihah baca surat Al Israa' ayat 78-80 (Aqimissholah tawalidu khisshamshi ilaghosakillailinal qurana.....hingga minladun kasulthonan nasyira). Bagi rakaat kedua selepas alfatihah baca Izaja anasrullah hiwalfaj hingga habis. Sesudah salam baca ayat Al Kursy dan Al Quraisy,sesudah itu baca doa ini...

Wahai Tuhanku,
saya memohon pertolongan dengan Mu dan saya menyerah diri kepada Mu. Wahai Tuhanku, mudahkanlah untukku kesukaran pekerjaanku dan mudahkanlah untukku kesukaran perjalananku dan rezekikanlah daku kebajikan lebih banyak dari yang saya minta dan palingkanlah daripadaku segala kejahatan.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku. Wahai Tuhanku, bahwasanya saya memohon pemeliharaan Mu dan mempertaruhkan kepada Mu diriku, agamaku, ahliku dan kerabat-kerabatku dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan kepadaku dan kepada mereka, baik mengenai akhirat mau pun mengenai dunia, peliharakanlah kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang mulia.

Saya akui kesucian Mu wahai Tuhanku..Amin..

Quote from, http://dasoufieyz.blogspot.com

Perjalananku pada hari yang ke-12 dgn Jus mate 5

Fuh... dah 12 hari rupanya aku mengatur lanhkahku dgn JDM. Dari hari ke hari, ku kuatkan diri agar diriku tetap utuh dgn impianku mengejar berat ideal.

Mari jenguk apa yang aku ambil sepanjang hari ni.

sarapan : Bihun goreng sebungkus + Ali cafe.
Tghari : Jusmate --
Petang : 1 biji epal
Malam : 1 kotak low fat milk + 1 roti gardenia (wholemeal) w tuna

Jumlah 855 kal

Ayuh leeja, teruskan usaha. Chaiyok! Chaiyok!


Sunday, October 25, 2009

Alahai anak mama...


Alahai anak teruna mama ni. Agaknye, mewarisi bakat ayah kot. kalu sekali2 tu ok lah adam. Actually, set masak nie pun br je dibuka. mama beli untuk birthday present anak makngah salina. Tp dah tak pegi masa party tu, dan dah lama sgt present ni kat umah, mama kasi la kat anak2 mama.
Set masak ni tak leh nak bawak kuar selalu. kene simpan takut adam lak yang main lebih. Adam boy, takleh la main masak2. Lepas ni, mama kena beli set lain lak la utk adam so that stabil sikit.

Saturday, October 24, 2009

hu..hu.. macam mn ni?


Kenapa tajuk tu macam tu, begini citenya. puas la aku control diet ari ni, tup2 bila dah malam bantainya kacang goreng + kerepek popia goreng (belen yg raya ari tu) semangkuk kecik + milo 'o' segelas. masa makan tu, okey je, sbb lapar, tp bila dah kenyang tu baru la raya nyesel. Nie lah gara2 tak mkn petang tadi. Bukannya aku tak nak makan ptg td, cuma perutku masih kenyang.
Inilah kacang yang aku makan tu. huk..huk.. (alhamdulillah, rezeki)

Moral of the story, don't skip your meal. Makan pada waktunya, kalu tak, inilah yang berlaku. Bila dah lapar, makan sampai tak ingat dunia.

transformers 2



Inilah kali pertama, mama bawak anak2 mama tengok wayang. Event nie, ayah takde sbb kite gi tgk wayang ni kat GSC Sunway Prai ngan maktok, tokwan dan pakngah nabil.

Plan nak tengok transformers kul 9pm. tp dah terlewat smp, movie pun dah start & full house. So... mid-night show la. Maisarah tido... Adam lak tgk part fighting kat je cause awal2 tu adam tido. he..he..he..



Friday, October 23, 2009

La Takhof wa la tahzan, Innallaha ma'a na.

Hari ni aku rasa sediiiih sangat. I feel very bad. I feel like I need to talk to somebody. But, I have nobody to talk to right now. Why, is it because I'm to bad? I am not a nice person. I feel very lonely.

Yesterday was my pms session with my boss. I have been told to improve in certain areas. Yeah, of course in work related. On this one, I have no problem.... I need to read book and explore more to improve my skill. But the second one is major problem for me... It' s my communication skill. I am quit harsh. I need to be more tactful in my conversation. It sound like I am angry my I express my opinion. ... Argh... I don't know how to solve it. I agree on this 100%. Despite my parent also mentioned to me several times. but I still cannot solve this. That's why I think, I always hurt people's heart. especialy my mom, my dad, my beloved husband, my best friends. How should I solve it? What should I do?

For my mom, my dad, my beloved husband, my friends, I have truly sorry. I never meant to hurt all of you. Please help me to improve my self.

Tuesday, October 20, 2009

First time - feeding rabbit


Aksi ni dirakamkan pada hari raya puasa ari tu, kat umah maktok. Ini ialah arnab periharaan pakngah Nabil. So, cute. suke je anak2 mama.

Mula2 maisarah takut2 gak nak bagi rabbit tu makan. takut dia gigit tgn. Adam pun macam tu juga. Tapi, bila dah lama2, sampai lari la rabbit tu sbb dah tak larat nak makan. Dah kenyang.

Hah... tengok tu, Adam dalam usaha menangkap rabbit untuk dipaksa suruh makan. ha..ha..ha.. geli hati mama tengok gelagat anak2 mama ni.

My webcam...




Ha.. ha... Adam jom main ngan camera nie. senyum sikit.... cheese! Mana adik? Erm... adik dok layan cartoon. tak mau tangkap gambaq la mama.

Tengok tu, gigi sapa cantik... ha..ha.. ha.. mama menang.

(photo taken on 18 Oct 09)

Bakal angkasawan negara

Inilah kali pertama mama bawak adam pegi Planetarium Negara. Itupun, ikut rombongan sekolah tabika maktok, he..he.. So, jom kita tgk apa yang terjadi.


Sedang tunjuk 'video show'. screen dia atas kepala tu. Teruja jugak adam tengok movie tu. Masa nie, show belum start

Nie lah roket yang akan bawa kite ke angkasa.



Macam ni lah kalu dudok dalam kapal tu

Posing sikit, cayang!



Pukul 4 pagi

argh.... kejeku belum siap. Kene stay up la nampak gayanya. Kebelakangan nie, aku rasa prestasiku agak menurun. Kenapa ya? Macam mana nak memotivasikan diri nie? Ya Allah tolong lah hambaMu ini. Suntikkanlah semangat jati diri dalam diriku. Permudahkanlah urusanku. Amin.

Here are my to do list :-

1. Report BCR
2. BAM HR Payrol,
3. BAM HR System,
4. BAM Talent Management
5. BAM Manpower Planning
6. BAM HR IR
7. BAM CVP- Research
8. BAM CVP- Business Development
9. BAM CVP- Product Development

Chaiyok! Chaiyok!

Monday, October 19, 2009

My stock is available















Hari ni dah dapak stok produk D'HatiKu dr ayahanda tercinta. Semuanya 6 kotak (3 kotak, Jus D'HatiKu & 3 kotal lagi, Jus Untukmu Puteri).

Macammana nak promote ni? aku bukannya biasa jual2 barang ni. Inilah pertama kali aku jual produk. Kalau bukan emak & ayah, sure aku tak buat nie.

Anyway, one of the reason why aku minat nak wat produk nie, sebab ia adalah produk yang dihasilkan/ diproses mengikut Amalan Pengilangan Islam. So, meyakinkanlah bahawa kesucian produk nie terpelihara. Tambahan pula bahan2 yang digunakan ialah Madu, kurma, habbatussauda', buah tin dan herba terpilih seperti safron, aloe vera, kolegan & buah goji.

Di antara dua produk ini, aku cuba minum Jus Untukmu Puteri. Ianya bagus untuk memperkuatkan dalam wanita. Erm.. sedap juga rasanya.



skodeng



Hari ni Leeja dapat e-mail dari mak. Nak tahu apa isi kandungan e-mail tu? hah nie dia pesan mak, "kesian dok skodeng , ja ja jangan sokdeng hanif nanti mata rosak".


Gambar ni di ambil ketika melawat Menara KL pd tahun 2006.



Sunday, October 18, 2009

Keluar Salah, tak keluar pun salah

Ahad, bosannya kat umah. anak2 mama sibuk nak naik 'car'. Mana nak pegi nie? Maklumlah, asyik terperap je kat rumah hari2. Boleh jg la kalu nak keluar sbb mama nak kena pegi bank. Bayar 'hutang'. Esok dah duedate. tak pasal lak kene bayar "penalty charges" nanti. Rugi ooo.
Seperti biasa, kalu tak je Tesco, ke Jaya Jusco lah tempatnya. So, mama bawa anak2 mama pegi Jusco. Bukan utk main kat playground tu, tp utk teman mama menjamu mata. Akhirnya, bukan setakat jamu mata, pasti tersangkut jugaklah...




"Mama, Adam nak tolong", kata Adam. Biasanya, Adam akan masuk sekali dalam troley. Tapi ari ni, Adam tak nak pulak. Leceh sikit la, kalu Adam masuk dalam troley, senang mama nak manage keadaan.


Inilah, hasil aktiviti hari ini. Tu pasal la
"keluar salah, tak Keluar pun salah". Maklumlah, kalau keluar, budget lari, kalau tak kuar, bosan lak kat umah.

Wednesday, October 14, 2009

1st day with Jus mAte

alhamdulillah.... Hampir tamat sudah hari pertama ku dgn just mate. Puas jg aku menahan diri dr mengambil jumlah kalori yg byk.

Aku mulakan hari dgn segelas air suam. Lepas mandi, sarapan dulu. Srapan tu penting. Sekeping roti gardenia dan jem strawberi (bkn wholemeal) sbb xde stok dan segelas air milo tanpa susu. Just milo.

Tengahari, around pkl 12,ambil jusmate. Mmg saat yg di nantikan sebab pertama kali nk minum, nak tau rasanya mcm mn. Tambahan pula, perut pun dah mula bagi signal. Emmmm... Sedap jugak. Rasa oyen. Suke! Around kul 2, dah start rs lapar semula. Aku ni memang kaki makan. Takpe, bersapar, try tahan. Just ambik plain water. Kul 3, aku bancuh milo satu mug. Bagi chan la. Kenyang sikit rasanya.


Fot dinner, aku ambik bihun sup. Share with my 2 years old daughter. Alhamdulillah.... Inilah nikmatnya kalu dapat makan.

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori minuman
1.minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2.minuman kotak 250g = 105 kal
3.susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4.susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5.aiskrim 2 skop= 390 kal
6.susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7.yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8.mentega 2 sudu teh = 75 kal
9.keju chedar 1 keping =58 kal

Di petik dari http://jusdietmate5.com/blog/indeks-kalori/

Tuesday, October 13, 2009

Alahai badan...

Alamak, sedar tak sedar berat badanku dah bertambah. Macam mana ni? Erm... I have to do something. Kalau di biarkan, makin menjadi lak nanti. Masalahnyer... leeja mmg tak tahan daulat kalu tengok makanan "pantang tengok".

Petang, pi kedai Kak Lynn. Adalahlah dua-tiga produk yg leeja minat. Kak Lynn rekemen ambik Jus Mate. Leh tahan gak harga dia... Siap beli 3 kotak sekali gus. Auto jd ahli. "Nie kira investment lah no..." Kita tengok hasilnya nanti. hopefully, leeja boleh ikut diet tu.





Ha.. ni dia aturan pengambilan Jus Mate ni, seperti yg dicadangkan:

DIET 1 (BERAT KURANG DARI 90KG)
SARAPAN PAGI : Ambil separuh dari pemakanan biasa
TENGAHARI (1-2.30 pm) : Tidak mengambil makanan tengahari, GANTIKAN dgn Jus Mate
PETANG (6-8.00 pm) : Ambil separuh dari pemakanan biasa.

Erm... amacam leeja, okay ka? part tghari tu yg tak brapa confident tu. But... yakin boleh. Chaiyok! Chaiyok!

Leeja

Ayuh, minumlah Kopi Goji & Jus D'hatiKu

Kawan2,

Saya ada produk baru untuk di perkenalkan kepada kawan2 semua. Kopi Goji & Jus D'hatiKu.

Kopi Goji ialah kopi pracampuran yang dirumus dengan kopi White Arabica, buah goji, maca dan habbatussauda’. Ia diprocess mengikut Amalan Pengilangan Islam (IMP), dan boleh membantu meningkatkan kesihatan dan memulihkan kesihatan pesakit.

Jus D'hatiKu pula merupakan jus rumusan jalinan 2 penawar iaitu penawar fizikal dan penawar spiritual. Ia membantu mencantikkan dan menyerikan wajah, melancarkan perjalanan darah, membekalkan oksigen ke dalam badan, menambah tenaga untuk kecergasan badan dan membuang toksin dari badan.

Dapatkan segera!

Kau Tetap D'hatiKu.

Monday, October 12, 2009

Cobaan pertama


Myself
Originally uploaded by leeja2411
Ha..ha... bulatnya muka ku! Inilah percubaanku yang pertama pakai tudung macam ni. berjaya jugak aku belit tudung ni. Ermmm... okay ka?

SELAMAT HARI RAYA


Family photo1
Originally uploaded by leeja2411
Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang sekai lagi untukku menyambut hari raya bersama insan2 tersayang. .. Mak, ayah, sayang, Nabil dan anak2 mama; Adam & Maisarah .

Tahun ni, giliran beraya kat Penang, kampung halamanku. Wah... girangnya tak terkata. Namun disebalik kegembiraan tu, familiku telah telah digemparkan dengan berita pemergian pakcikku (Mamu Rosli, abang sulung emakku) 2 hari sebelum hari raya akibat kanser hati. Al-Fatihah... disedekahkan kepada arwah pakcikku.

Antara persiapan hari raya yang tak dapat dilupakan ialah.... aktiviti menjahit baju raya anak-anakku pada malam raya. Gusar rasa hatiku pada malam rayamengenangkan baju raya anak-anakku belum siap, sedangkan bajuku, suamiku, maktok, tokwan & pakngah Nabil semuanya tersedia. Macam mana ni? Nak ku gunting sendiri kain tu, tak pandai pula. Kena mengharapkan mak untuk gunting. aku pandai jahit ja. (Gunting, belum lulus da...) Sedangkan mak tidur keletihan (penat dgn urusan jenazah). Tapi akhirnya, mak terjaga dari tidur lebih kurang jam 2 pagi. Maka, bermulalah aktiviti mengunting dan menjahit. Alhamdulillah, akhirnya siap baju raya anak-anakku. Memang betul la baju raya sbb siap betul2 di pagi raya.
Terima kasih mak sebab bersengkang mata siapkan baju Adam & Maisarah.

Terima kasih ayah sebab carikan kelapa untuk masak rendang. (tadi siang lupa nak beli da... dah masak baru teringat, kedai dah tutup, mujur dok kampung, boleh masuk kebun cr nyioq)

Terima kasih sayang kerana tolong masakkan rendang ayam. (Sorry, ayang tak pandai masak rendang).

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, October 07, 2009

kiddos


DSC01587
Originally uploaded by leeja2411
Maisarah dah cukup 1 tahun. dah besar dah anak mama.

Permata hatiku

Inilah permata hatiku...my beloved husband, Hanif

Testing..

testing.. testing...

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers