Monday, November 30, 2009

Pre-school

Nukilan buat Adam,

Adam,

Ari nie, mama dah pi daftar nama anak mama untuk masuk sekolah. Tahun depan adam dah berumur 4 tahun. Dah sampai masanya untuk anak mama nie pergi sekolah. Mama harap anak mama akan belajar dengan rajin supaya anak mama menjadi insan yang berjaya di suatu hari kelak. Mama sentiasa doakan kejayaan anak mama.

Sesi persekolahan Adam bermula jam 8.30 pagi hingga ke 11.30 pagi.

Oleh kerana, Opah Cu dah tak dapat jaga adam lagi tahun depan, mama daftar sekali untuk sesi taska di tadika yang sama. Mama ambik package 3 in 1 ( Tadika + Taska + Mengaji). Adam akan belajar mengaji pada waktu petang. Mama harap ini akan menjadi permulaan yang baik buat Adam. Jadilah anak yang soleh.


Nasi lagi....

ku kira apa tajuk yang sesuai untuk aku letakkan kat atas tu. namun, biar straight forward lah, senang cerita.

Aku malas nak story panjang2. yang penting aku dah makan nasi sekali lagi sebanyak satu senduk. huk..huk.. (gambar tak dapat nak ambik sebab segan la nak snap pic masa tu)

Zel, sorry arrr..... bukan tak sengaja, tapi di sengajakan sbb dah takde choice. Dah 3 kali terkantoi dalam masa seminggu nie.

Erm... dah lepas dah rasa pendam di hati sebab dah lepas dendam pada nasi. he..he.. lepas nie, takde la tus..tus..tus.. kalu tengok nasi sebab otak dah reset semula.

Lagi sekali, Sorry arr ZEL. tak tahan tengok nasi tu menari-nari depan aku.




Sunday, November 29, 2009

Dua ketul ketupat mini...

nie story masa raya haji yang lepas la. to make it short, aku telah menikmati 2 ketul ketupat mini. tak tahan aku rasa memandang kuat kacang tu. aromanya amat menusuk kalbu. kalu korang nak tahu, aku berjaya bertahan pada hari raya pertama. namun... hancur jg hari raya ke-2 tu. kalu aku tak makan, maka tak abih ketupat tu. yang aku perasan, bila aku start makan je ketupat tu, orang lain pun sibik la nak ikut makan. huk..huk.. kenepa la nak ikut aku... sila la habiskan ketupat tu pada hari pertama. nape lak la nak simpan. kalu ketupat tu habis pd hari pertama, sure aku tak makan. "hi..hi.. salahkan orang lak ye. sendiri yang tak kuat semangat kan" but overall, aku rate memuaskan. walaupun aku tetap layang beberapa jenis makanan, namun, diet ku tak hancur sepenuhnye lah.

Berikut adalah juadah yang aku telah layan selama 2 hari nie :-
raya pertama
Pagi
1/4 batang lemang
1 ketul rendang ayam
Teh 'o'

Lunch
1/2 ketul kepala ikan (masak kari)
sepiring sayur goreng
sesenduk sambal udang

Petang
biskut raya (under control- mmg lemah sikit kalu jumpa yang ni)
Sup gear box (lepas nie, kene detox la)
kopi 'o' 2 cawan

raya kedua
Pagi
sesenduk bihun goreng
2 biji ketupat mini
Pearl cafe

Lunch
1 mangkuk laksa (small size)
setengah ekor ketam (gulai lemak)

Petang
1 mangkuk laksa (small size)
setengah ekor ketam (gulai lemak)
Sup tulang
teh 'o' ( 3 cawan)

Okey tak??? For me, its quite okay, walaupun bagi korang nampak berat tapi, kalu situasi normal, aku makan lagi banyak kalu aku balik slim river, umah mertua aku. sebab orang2 kat sana suka masak sedap2.

walaupun asyik kene perli je sbb diet namun aku tetap kuatkan hati. aku harus buktikan bahawa aku akan slim satu hari nanti. Tengok la!!!

Syahdunyer....

Sepinya pagi nie aku rasa. Kenapa????

Huk.. huk... Adam & Maisarah takde kat umah. depa dua orang balik penang. Ikut maktok....
Minggu lepas mak call bagitau nak ambik adam balik penang. tup2 ila aku gi umah baby sitter untuk ambik anak2 aku, dia cakap lak minggu depan dia nak ambik cuti seminggu. la..... nape habaq last minute. ari tu cakap nak cuti ari selalsa ja. aku dah plan la apa yang patut. Untuk minggu depan aku busy. appointment dah set. both of us (hubby and I takleh cuti). so, aku contact la mak aku kat kampung. happy la dia. "pucuk di cita ulam mendatang". Ari tu kata nak ambik adam, nie pulak boleh bawa dua2 orang. rindu benor kat cucu tu. siap offer nak ambik ari khamis lagi. then aku cakap tak leh la sebab nak balik kg hubby aku kat slim river. nak raya dulu. so, ari sabtu baru ambik. tp petang2 sikit la. kalu tak sunyi lak aku nanti.

"boleh ka nak berpisah ngan anak2 aku tu?"
"tak nangis ka diorang nanti?"
"larat ka mak aku nak layan anak2 aku tu?, especially malam sebab anak2 aku tu tido lewat manakala maktoknye tido awal. seawal 9.00 malam.

feedback yang aku dapat bila kat umah mertua aku adalah...

"kalu anak2 okay, mak bapak dia la yang tak okay" he..he.. tul gak. budak2, kalu tak nampak mak bapak dia, okay je. tambahan pulak kat penang tu ramai sepupu2 yang nak layan. cuma aku risau bila malam menjelma la. apa2 pun... untuk anak2 mama, jangan nakal2. Mama loves Adam & Maisarah.

Maka petang semalam, lebih kurang kut 6.30 pm , mak & ayah aku sampai la umah mertua aku untuk jemput anak2 aku tu balik Penang. Wah... Adam happy giler. masa tu maisarah tido. risau gak aku, kot- kot dia tak nak ikut nanti. maklumlah... br bangun tido. Namun sangkaan aku meleset sebab bila dia terjaga elok ja dia gi kat mak aku. bila aku suruh ambik beg, laju jer dia gi ambik beg tu. maisarah tu, nak je dia ikut maktok masuk kereta. tak kisah pun yang mama dia tak ikut. happy je. huk...huk... shahdu betul.

adam pun macam tu gak. cepat je dia gi ambik "beg academy fantasia" dia tu. Bersungguh benor anak2 aku nie. kalau ada tu, aku tak hairan sangat sebab mmg dah 2 - 3 minggu dah dia asyik cakap nak gi umah maktok. even masa kitorang balik slim pun dia kata nak pegi umah maktok. so, mmg boleh harap la kalu dia nak ikut maktok balik penang. tapi, yang aku risau nie, maisarah la. dia kecik lagi. br 2 tahun. okay ke dia kat sana.

Aku harap semuanya okey.

Untuk adam, "dok baik2. jangan gaduh ngan adik."
Untuk maisarah, "jangan nakal2. jangan nangis. dengar cakap maktok"

Yak sabar menunggu hari Jumaat. Nak gi jemput anak2 mama balik.

Mama sayang anak-anak mama! mmmmuah!!!


Thursday, November 26, 2009

Pengakuan ikhlas ku


Sudah beberapa hari la aku tak update blog nie. Busy ngan Year End Program (YEP) department aku. Program nie dijlankan selama 3 hari. Macam biasa la kalu ada program/ training, makan sure best punya. Oleh kerana itu, aku dah terkantoi makan nasi pada hari selasa hari tu, bersamaan 24 November 2009. nasi apa yang aku makan? nasi beriyani. Tu pasal la aku tak tahan.

Kenapa aku makan nasi pada hari itu?
1. sebab ia nasi beriani. wah... sedap sungguh baunya.
2. kerana hari tu, kebetulan birthday aku. so, kira celebrate birthday jugak la.


Tp tak banyak pun aku makan, just setengah senduk (about 2-3 spoon).

Tak terhenti setakat itu ke aktiviti makan. Pada keesokkan hari, ada lak luncheon kat holiday villa. Ini rentetan YEP program la. biasa la kalu dah makan kat hotel tu, mesti la mewah ngan makanan. walaupun aku tak makan nasi, namun, banyak jugak la aku makan pada hari itu.
mula2 ratah lauk je. tapi, desert dia la yang aku bedal sakan. siap ngan puding la, & macam2 lagi. MAcam-MaCam AdA!!!

Ari nie je aku dah makan 3 keping roti gardenia (wholemeal) dgn telur hancur, dan sepotong kek choc indulgence dr secret recipe. Balance yang hubby aku beli masa birth day aku. dia tak beli sebijik, but 4 pieces. untuk aku & anak2. So far aku dah makan 2 potong, sepotong anak2 aku layan. Lagi sepotong, wait n see la.



So, 2-3 ari nie, asyik bedal kek jelah. I LIKE!!!

Jauh disudut hati, risau gak...

So, esok dah raya. apa akan terjadi. Lemang, sure aku bedal punye sebab tu favourite aku. Mujur aku raya kat slim river je (umah in-law) so, aku bedal lemang je. kalu aku balik raya kat penang jugak , sure layan ketupat pasal lak. Both pulut. nyum...nyum...

Yang aku risau raya nie, kalu aku balik slim, selalunya aku mmg kuat makan. sedap lauk sedap2. Adoi... mampukah aku bertahan.

huk..huk..

P/S : - kite tunggu update lepas raya. tengok perkembangannya.


Monday, November 23, 2009

hu..hu.. susahnye nak turun berat nih!

Alahai .... dah masuk 23 hari dah program nie. but berat ku turun 1kg (+/-) je. sadis wooo...

macam mana nk buat nie......

Ada jugak yang give-up nanti.

Dah la selera makan makin bertambah sekarang nie. asyik lapar je. tapi... buat setakat nie, nasi masih bertahan lagi walaupun terasa kecur je air liur bila tengok nasi tu. Tus.. tus... tus...

Ehhh... tak boleh. aku harus berubah. Aku mahu kurus. Mahu fit. dan mahu sihat.

Chaiyok!!!

Sunday, November 22, 2009

Where is my watch

Wah... dah banyak story aku dah post ari nie. Nie ada lagi satu story. aku tengah organise balik gambar2 dalam lappy nie. so, banyak la benda yang aku jumpa yang aku rasa nak story kat sini.


Jam nie, adalah hadiah harijadi aku drpd my hubby aku masa birthday aku tahun lepas. yang sedihnye.... jam nie dah hilang... HUWAAAAA!!!!!! kat mana la aku letak jam nie. sure misplace nih. aku dah cari satu umah dah. Tak jumpa. huk..huk...

Kalau benda yang aku beli sendiri, aku tak kisah sangat kalau hilang but, kalau orang tersayang bagi, I felt so miserable.




My fitness gadget


Ari tu aku ada terbaca pasal dance mat kat blog doubleloony, maka ianya dah menarik untuk membeli. cuma aku tak tau nak cari kat mana jer.

dah tu... masa gi tesco ari jumaat malam ari tu, aku round la kat area ps2 tu. saja je nanye. Oh... ada rupanye kat situ. harga dia RM39. apa lagi, just grab la. sebab aku ada search online gak. harga nya RM60. Mujur jugak la aku tak order lagi. plus the games, RM5 each, total RM49.

balik tu, aku bagitau la kat hubby aku pasal dance mat tu. mujur dia tak kata apa. ingat nak try malam tu, but segan lak kat hubby.

Esok pagi lah guna. time hubby aku gi keje. mmg akan aku guna dance mat nie bila hubby aku takde kat umah. enjoy la ngan anak2. anak2 jadi juri. he..he..

Inilah dance mat aku. he..he..

Lagi satu, aku dah beli DVD workout. Wah.... semangat gitu. almaklumlah, CD2 aku yang lama dah calar dan ada yang dah patah pun. ganas bunyikan.... DVD cardio dance Paula Abdul tu aku beli kat kedai speedy. RM19.90. But, bila aku tgk kat tesco, just RM8.90. huk..huk.. rugi .
DVD Kathy Smith tu aku beli kat teso. RM8.90 each. So far, aku dah try power walk tu, walaupun berjalan but, peluh sakan.

Semua aktiviti ini aku lakukan bila hubby aku tiada dirumah. yalkni, gi keje. sebab, kalu dia ada, nanti dia kata bergegar satu blok nih. malaih la aku...


lepas nie, kene monitor perkembangan... kemudahan dah ada, cuma pelaksanaan je. Principle no 4. Discipline of Action (DOA)

Cara terbaik kurang makan



Bersenam di bawah sinaran matahari berbanding dalam gimnasium mampu membantu mengurangkan selera makan, menurut kajian terbaru di sini.

Kajian terhadap 11 lelaki aktif mendapati peserta akan kurang makan sebaik saja selepas melakukan aktiviti dalam keadaan panas 36 darjah Celsius berbanding ketika berada dalam persekitaran suhu 25 darjah Celsius.

Secara purata, lelaki makan lebih 300 kalori apabila mereka bekerja dalam keadaan suhu sederhana berbanding ketika melakukan senaman dalam keadaan panas.

“Penemuan kami mendapati bahawa jika anda bersenam dalam keadaan persekitaran panas, anda akan kurang makan,” kata penyelidik Dr Kym Guelfi dari Sekolah Sains Sukan Universiti Western, Australia. - Reuters

dipetik dari : anizyn.blogspot

My comment :

Daripada pengalaman aku dulu, semasa aku masih aktif gi fitness dulu, - kalu hari yang aku gi workout kat fitness, sure malam tu aku kurang makan. rasa cam kenyang je. kalu makan pun, ringan2 je lah seperti oat, biskut & seangkatan dengannya. BUT.... kalau aku tak gi fitness... wah... nafsu makan aku bukan main lagik. rasa nak makan je, especially nasi.

Lagi satulah... aku rasa, kenapa aku kurang makan kalau aku gi fitness tu sebab aku dah bersusah payah nak bakar kalori yang aku dah ambik, takkan lah aku nak tambah balik lepas tu. No gain, no loss la.

Renung- renungkan!!!

Makan lagik...

Ari ni ari Ahad. oleh kerana hubbyku keje pg ari ni, aku bgn awal la. kalu tak kul 10 am la jawabnyer. Melengkaq atas katil.... syok wooo, sejuk2 nie. But today no la....

my breakfast quit heavy today. Roti canai 3/4 keping, banjir. bihun goreng 1/2 bungkus + telor goreng. Ermmm... Napa leh 2 menu lak ek? ni kes teringin nak makan roti canai la. Firstly aku beli bihun tu. then beli la roti canai for my kids. last2 mak dia pun sapu gak. hi..hi...

Ops one more.... 1 mug Pearl cafe.

kalu berkesempatan, i will update apa akan jadi seterusnya ari nie.

p/s : Jap lagi nak main game dance tu lah . kasi bakar sikit...


Saturday, November 21, 2009

Weekend blues...

Hari nie... dah 21 hari ler aku jalani kehidupan harian tanpa nasi. Alhamdulillah...

tetapi... yang aku risau sekarang nie, perasaan nak makan tu teramat la sangat. Kalau aku tak dapat makan nasi, aku akan makan bende2 lain.

Seperti contoh, ari nie la....

Breakfast : aku skip (sbb bangun lewat)
Brunch : sebijik epal hijau + grapes + sekeping roti gardenia+ plain water
macam okey lagi kan? tengok la kat bawah lagi...

After 30 min, beberapa keping wafer munchy's -chocolate. sedap woooo... aku mmg suke bende2 macam nie. kira banyak gak la.

Lunh : lebih lurang kul 2 ptg. Maggi betul-betul hor liaw... sebungkus.
Pas tu, sambung makan lagi wafer munchy's tu td. Separuh bungkus la jugak aku rasa. kali nie... betul2 bedal punyer. sambil layan movie. syok betul!!!Kalau sebungkus, kalorinya 466, maka aku rasa aku dah ambil about half of it la. Hu..hu... brapa banyak kalori dah ari nie...
then tambah lagi secawan pearl cafe.

Fuh... baru la rasa insaf, setelah perut dah kenyang.

nape aku makan banyak ari nie? mungkin sebab dah banyak arie menahan nafsu, mungkin jugak kerana dah nak "cukup bulan" or mungkin aku mmg terasa nak makan.

aku rasa malam maybe tak mkn dah kot. kira dah insaf la tuh.

kalu ada kesempatan, wat workout sikit. Semalam aku dah beli DCD workout. Lagipun dah lm la aku tak workout. dah seminggu lebih. sebab tu prestasi ada menurun sikit tuh.

Ya Allah, kuatkanlah semangatku menggapai impianku itu. Amin....


Thursday, November 19, 2009

Something wrong...

Argh... something wrong with this template. Why my post date not apprear? Huwaa... how to fix it? who can help me? or I need to change the template. But I love this coz... I love cake.

---------
Subsequent to the above, I have to change my template again.. hu..hu..


Rahsia di sebalik nama

N : Anda suka bekerja, tetapi selalu mahukan kerehatan.
U : Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
R : Anda seorang yang gemar bersosial.

F : Semua menyayangi anda
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
Z : Anda selalu bergaduh dengan seseorang.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.
I : Selalu tersenyum dan membuat orang lain tersenyum.
Z : Anda selalu bergaduh dengan seseorang.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
H : Anda tidak suka menghakimi sesuatu/orang.

Ada yang kene, ada yang tak kene.
Ha..ha..


Tuesday, November 17, 2009

Nyum..nyum.. Big apple..


Emmmm... sedapnyer. Masih ku rasa kenikmatan big apple donut tadi. Thanks buat Pn Razni kerana sudi belanja Big Apple donut. Dah lama juga la aku tak merasa donut nie.


Nie favorite aku ialah The Alien. Masih boleh terbayang la rasa chocolate tu... Aaahhh. sedapnye.
Wah, tus..tus..tus.. bikin menitis air liur aku bila mengenangkan donut tu. But

But ari nie aku macam donut nie. This is new from big apple. It's "Tira Cinno". A flavours of tiramisu chocolate, cuppocino creme cheese and cocoa powder. Yummy... delicioso!!!


Apa lagi yang aku makan ari ni? jom kita lihat di bawah...

sarapan : sebungkus bihun goreng + telur mata + lasindah cafe
Lunch : 1 big apple donut + Char koey teow.
Dinner : belum lagi.. he..he..

Sunday, November 15, 2009

Lapar ni

Lapar nih... nape la cik abang tu tak mau kuar makan lagi. Dah kul bape nih?

Ari nie tak masak sebab jariku sakit.

------------------------------------------------------------------------------------------

Nie ha, aku nak update pasal dinner malam tadi. Erm.... diet ape ntah cam nie. At last, I had my dinner at 21++ hrs. Menu malam tadi ialah pizza hutt. Ntah apa name pizza tu ntah... yg promosi skrg.. yg ada cheese tu. Macam teringin lak nk makan pizza. tu yang ajak my hubby mkn pizza tu. Not only pizza but I had the followings :

my chicken wing (only one okay...)
chicken soup (share with my daughter)
1.5 pcs of breadstick
Ice-cream (anak tak nak, mama yang abihkan...sayang lor, kalu tinggal cam gitu jer)
a quarter of pizza.
Sedikit Marinda Orange

Erm... macam banyak gak la aku makan malam tadi. Tapi... kalu nak compare dgn sebelum2 nie, aku rasa kali nie la aku makan tak berapa banyak. Kalu selalu tu, sure abih lah pizza tuh. he..he.. Agaknya, perut nie dah mengecik kot. ; )

lastly, selamat maju jaya meneruskan diet ini. Moga misi tercapai.


Saturday, November 14, 2009

Penangan Ben10

Entry nie, mama nak cite pasal jam anak-anak mama. Amboi... kecik2 lagi dah pakai jam ek! Ingat lagi tak minggu yang kite pegi petrosains tu? ha.. ari sabtu malam tu lah, adam dapat jam ben10. Maktok yang belikan. Untuk Maisarah, maktok tak beli sebab maktok tak tau lak yang maisarah pun dah pandai main benda2 macam nie. "he..he.. next time, maktok beli ya sayang." Punya la adam suka ngan jam tu. sampai tak larat la mama nak layan. kejap nak pakai, kejap nak simpan dalan laci. pas tu ambik balik, pas tu letak balik dalam laci. rimas gak la mama tengok kelaku adam masa tu. Agaknya..oleh kerana sayang sangat kat jam tu, adam simpan dlm laci. But dalam hati tu, nak main jam tu, sebab tu la gi ambik semula dr laci tu. hai.. adam. Macam ni punya perangai pun ada.

Erm... apa yang special sangat jam tu sampai adam tak senang duduk.



First, jam nie ada gambar Ben10.
Second, jam nie bila ditekan button tu, ada image Ben10.

Sejak adam dapat jam tu, kemana saja adam pegi, jam tu tetap dibawa. pandai lak tu, time nak mandi, kena bukak dulu. nanti rosak. pas tu, pakai semula.



Okay tak aksi adam? Sama la macam Ben10 kat baju tu.


Oleh sebab mama kesian kat maisarah, asyik dok tengok je abang dia main, mama pun cari la jam yang ada ciri2 tu untuk Princess mama ni. But, mama tak nak la beli Ben10 macam abang adam because you are girl. So, mama beli jam princes untuk princes mama yang sorang nie. Suke la Maisarah.


Tengok tu, baju pun nak pakai baju Ben10. Kalu mama beli juga jam Ben10, ntah apa nak jadi ngan princess mama nie. Bukan takde baju princess tapi, nak jugak pakai baju Ben10, transformers & seangkatan dengannya. Nie lah, penangan ada abang.

2nd week update on

Ari ni dah 14 hari la dah tak makan nasi. Tapi aku rasa diet aku tak berapa konsisten la minngu ni, walaupun aku cuba untuk mengawal pengambilan makanan aku seharian. Jom tengok, apa yang aku dah ambik sepanjang minggu ni.



Amacam, Okay tak? Pada aku, minggu nie, banyak gak la yang aku makan. entah la, macam kemaruk sikit mgg ni. exercise pun kurang gak.

Kalu korang perasan, nape sarapan pagi tu tak penah aku update, kerana aku selalu ambik breakfast lewat, lebih kurang kul 9- 10.30 pagi.

Sunday, November 08, 2009

Apa nak jadi nie....



Sekarang nie, aku tension tahap gaban. Selalunya, kalau tension2, makanan la mangsa aku. (ermmm, makanan ke mangsa or aku yang jadi mangsa makanan?)

Olen kerana semalam aku tak dapat nk lelapkan mata, pg nie aku bangun lewat. Pukul 10.30 br tersedar. Breakfast aku simple jer... 4 keping roti gardenia dgn kaya... Ha... tengok tu, 4 KEPING. Lari diet aku ari nie. Hopefully, aku boleh betulkan balik diet aku ari nie.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Update untuk ari nie.

Aku nekad la nak mempertahankan diet aku ari ni. so, tengahari, aku layan JDM. Inilah caranya untuk mengelakkan aku makan.

Untuk suamiku & anak2ku, aku masakkan ayam masak lomak cili api & sup tofu. Sup tu, kasi lebih sikit, so, dapat la aku layan untuk dinner.

Alhamdulillah, sebelah petang berjaya jugak aku berjogging kat tasik permaisuri. Jogging satu raound & jalan satu round. OK lah tu... :)

for dinner, aku layan, sup tofu telur, ayam masak lomak seketul, roti gardenia sekeping & kismis 21 biji. Alamak! Okay ka? plan tu nak makan sup je, tp kurang kenyang. Tu pasal la bertambah-tambah yan lain2 tu. hi..hi..



Saturday, November 07, 2009

Dah seminggu dah...





Emm.... sedar tak sedar, dah seminggu dah aku mengharungi kehidupan seharian tanpa nasi. Alhamdulillah, masih bernyawa lagi...

Selalunya, hari Jumaat memang hari yang aku nantikan. memang selalu makan besar sebab ari Jumaat lunch break 2 hrs. Antara menu2 ari Jumaat adalah, Kenny Rogers, Nando's, KFC, McD, Pizza, Secret recipe dan seangkatan dengannya. Last friday, adalah hari jumaat yang pertama 99 HTN. emmm.. apa menunye ek? ...

Inilah kawan2 ku... kitorang pegi 'soru' secret recipe. Selalunya aku akan order Chicken Black Paper ( yang ada nasi tu) tp kali nie aku just order ikan (ntah ape nama dia ntah, yang dory fish tu). Ingat ka nak order gourmet pie, tp sbb breakfast td tu ringan sangat, lunch kene la ambik berat sikit. Air lak order plain water je. Tak macam selalu, ice lemon tea... he...he.. ada improvement kan?

Alhamdulillah... kenyang jugak akhirnya. Ari nie, aku ambik JDM malam. he..he..


Kids games & activities....

Bila baca nukilan aida ari nie, aku pun nak jugak la kongsi info berkenaan laman web untuk anak2 nie. Untuk adam, aku belikan CD games Jump start dan Dr suess. So, adam belajar mengenal ABC drpd software ni. Aku terpaksa menggunakan kaedah pembelajaran melalui komputer kerana Adam tak berapa focus kalau aku mengajarnya menggunakan kaedah biasa. ada saja la dia nak main... nak susu la... nak itu dan ini..




Ada juga beberapa website yang sering aku kunjungi iaitu http://www.nickjr.com . Adam memang suka sangat laman web nie, sebab dia boleh main games dora dan diego. Selain itu, baru2 ini dari blog yanmie, http://www.starfall.com/ . best gak website nie.

Walaubagaimanapun, kaedah pembelajaran menggunakan flash card memang bagus. Untuk adam & maisarah, aku buatkan flash card sendiri. aku print ABC tu, then laminate it guna iron. boleh la buat flash card mengikut kesukaan kita. Kalu beli, asyik koyak je.... lagipun, aku buat flash card tu bersama anak2, semangat sikit diorang nak baca. gerenti tak koyak sebab dah laminate.

Untul anak2 mama, mama rasa puas sebab dapat buat flash card sendiri untuk kalian.
Contoh flash card tu pun boleh dapatkan daripada website juga.




Wednesday, November 04, 2009

hu..hu.. sadisnyer!!!

Salam,

Ketika aku update post nie, hati aku sgt sedih...

Ikan bakarku dilarikan kucing... huwaaaaa!!!!

yang tinggal hanya air asam je.



Aku beli ikan bakar tu tghari tadi. Ingatkan nak simpan untuk di makan petang nantilah bersama sayur goreng yang akan ku goreng nanti. Aku pun sambung la buat assignment aku yg belum siap tu. sedang asyik aku menaip, aku terdengar bunyi bising kat dapur... terkejut jugak aku. Tapi, yang paling aku terkejut bila tengok kucing tu dah bersedia untuk bawa ikan bakarku itu keluar (ikan tu masih dalam pastik). Aku pun apa lagi, kejarla..... tetap dia tak lepas pastik tu. yang tercicir dr pastik tu hanyalah air asam pencicah ikan bakar.

Huk..huk... sadisnyer............. (apapun, dah rezeki kucing tu. kira sedekah la).

Kene pikir menu lain lak untuk dinner.


Tuesday, November 03, 2009

Apa itu kalori?

sejak dua menjak nie, aku rajin nak cari info diet dalam internet. Untuk menambahkan pengetahuan. Tambahan pula, takut juga kalau 'ter'amal cara diet yang salah. merana badan nanti.

Mungkin info dibawah ni, dapat membantu rakan2 99 HTN meneruskan diet masing2 :-

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.


Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari?
Lelaki: 2000-2500 kalori
Wanita: 1600-2000 kalori


Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu?
Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.


Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia?


Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari?
Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori
Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori
Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori
Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori
Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori
Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.


Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun?
Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).


Bagaimana untuk bakar kalori?
Tingkatkan aktiviti harian, berjalan pantas, naik turun tangga, cuci kereta, bersukan, senaman. Kurangkan menonton TV atau bermain permainan computer kerana badan hanya membakar 1 kalori seminit jika kita beraktiviti seperti ini dan ia sama nilai dengan kalori yang dibakar semasa tidur!


Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?
Kalori yang dibakar bergantung pada berat badan dan ketumpatan tubuh seseorang Berikut adalah kiraan kalori yang dibakar seorang yang seberat 68kg beraktiviti selama sejam.

1) Menonton TV = 40 kalori
2 ) Berjalan pantas = 300 kalori
3 ) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
4 ) Mengemas rumah = 240 kalori
5 ) Berkebun = 320 kalori
6 ) Bermain golf (bawa sendiri Club) = 385 kalori
7 ) Berbasikal statik = 380 kalori
8 ) Erobik = 405 kalori

9 ) Ping Pong = 280 kalori


So, lepas nie, bolehlah kita mengira jumlah kalori yang kita ambik dalam sehari.




3rd day progress (99HTN)

Hari nie aku cuti. Boleh la luangkan lebih masa menjengah blog rakan2 99HTN.
So far, aku boleh bertahan lagi untuk tidak makan nasi.


Jus Diet Mate 5 diambil sekali sehari dan pengambilan makanan hanya 1000kcal sehari. Keperluan tenaga anda yang selebihnya 1800Kcal didapati daripada pembakaran lemak oleh sel-sel yang diaktifkan oleh Jus Mate 5

Di sebelah malam aku selitkan dgn simple workout (lebih kurang 10 - 15 minit). Part nie, aku masih berusaha untuk lebih konsisten.

Aku try workout ni semalam. Ingatkan simple, tapi terasa payah jugak la bila dah masuk set ke-3. Aku ambik dari majalah rapi yang sering aku beli dan jarang2 praktikkan. he..he..

Sunday, November 01, 2009

Projek Petrosains KLCC



Letih sungguh anak2 mama. tidor nyenyak la pulak petang ni. Penat agaknya tadi jalan2 kat Petrosains. JOm tengok, apa yang Adam & Maisarah buat kat sana....

Baru nak masuk... tunggu maktok beli tiket.


Nie dah kat dalam petrosains tu. "Tengok apa tu Adam?"


"Adik, jom main ni.. Yea.. yea.. nampak.."

Pak Ngah dalam cubaan nak korek pasir. "Boleh tak Pak ngah?" Maisarah tak tau main, so... duduk belakang pak ngah je la.

Ni Adam pulak nak try. Tu ha, maktok tolong ajarkan. "Syok tak Adam?". Penuh kosentrasi la anak mama ni.


Maisarah nangis tengok dinasour tu.

Tekun sungguh maisarah tengok pak ngah nabil buat demontrasi.


Aksi di litar lumba. Mama pun cuba masuk jugak dlm ferari tu. ha..ha.. muat-muat je.

Sebelum keluar dari Petrosains ni, kami diberi peluang untuk merakamkan poskad sendiri.

Tiket untuk masuk ke Petrosains. Mama, Adam & Adik.
Hu..hu.. sadisnya, ayah tak dapat join kite. Kalau tak lagi enjoy kan.


Untuk sesapa yang berminat nak bawa anak2 ke petrosains ni, nie dia sedikit sebanyak info.

Mama harap, anak mama enjoy dan dapat mempelajari sesuatu. Mama sentiasa doakan anak-anak mama menjadi insan yang berjaya dan anak yang soleh dan solehah. Amin!

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers