Sunday, February 28, 2010

Kopi Goji susu kambing


Entry nie aku nak cerita pasal Kopi pra Campuran, Kopi Goji susu kambing. Kopi ni adalah produk D'hatiku yang terbaru. Sesiapa yang berminat, leh la contact aku.Boleh baca catitan dibawah untuk keterangan lanjut mengenai Kopi Goji Susu Kambing.


Komen aku :-

1. Kopi nie sedap diminum. Baik jugak untuk lenguh2 badan. Selain tu, korang memang sedia maklum jugak tentang kelebihan susu kambing.

2. memang aku rekemen produk nie sbb ia dihasilkan mengikut cara pegilangan islam.

3. Harga berpatutan.


Kopi Goji Susu Kambing (Goat’s Milk Goji-Max) D’HatiKu dirumus menggunakan kopi White Arabica, ekstrak goji, susu kambing, ekstrak ginko biloba, serbuk koko, fruktosa dan krimer bukan tenusu.

Kopi pracampuran ini bukan sekadar kopi biasa kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kopi ini boleh membantu meningkatkan kesihatan.

Fakta Susu Kambing:

  • Nabi Muhammad S.A.W. minum susu kambing
  • Paling hampir dari segi khasiat dengan susu ibu
  • Hadam dalam masa 20 minit
  • Kambing mempunyai sistem pertahan diri yang kuat dan kurang dijangkiti penyakit.

Khasiat Susu Kambing:

Kaya dengan vitamin A, B1, B2, B6, B12, C, D, E, phantothemic acid, calsium, folic acid, fiboflavin, niacin, biotin, folaci, sodium, potassium, magnesium, phospores, PH non organic, chlorine, citrate, choline & inositol.

Fakta Goji:

Goji merupakan sejenis beri yang kaya dengan antioksida. Produk makanan mahupun minuman berasaskan goji adalah sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Di daerah Zhongning, China, penduduknya yang mengamalkan goji sebagai makanan harian melewati usia sehingga 100 tahun.

Fakta Ginko Biloba:

Ginko Biloba diiktiraf sebagai tonik otak dan digunakan secara tradisional untuk pelbagai khasiat kesihatan. Ia berfungsi untuk:

  • menangani lemah otak dan fikiran
  • membantu edaran darah ke otak
  • melambatkan proses penuaan
  • melancarkan peredaran darah
  • antioksida

Pakejing:

Kopi Goji Susu Kambing ini terdapat di dalam bentuk kotak. Setiap kotak mengandungi 30 gram x 15 paket.

Harga:

  • Kopi Goji Susu Kambing (kotak): RM21



Saturday, February 27, 2010

Tangan bengkak


Entry nie nak tulis pasal tangan maisarah. aku pun tak tau tangan dia kena apa. tengok2 dah bengkak. rasa-rasanya, kena gigit ngan something sbb ada nampak kesan gigit tu. aku perasan yang tangan dia bengkak tu pun tengahari semalam. Rumah aku memang banyak semut, tp kalu kene gigit takla bengkak dia besaq sampai jadi macam tu. So, apa ek?Di sebabkan kitorang outing, tak le gi klinik ambik ubat. Lagipun, maisarah pun tak nangis.




Seriau tengok bengkak tu. Malam semalam dia nangis2 (mengamuk). Tak dapat dipastikan kenapa? adakah tangan tu sakit? tapi... bila nak pegang botol susu okey je. atau, dia letih sangat sebab tak cukup tidur kerana seharian berfoya2. Apa2 pun mmg aku seriau la tgk tgn dia yang bengkak tu. Wah... memang sakan la dia mengamuk. mati kutu jugak aku masa tu. dah tak tau nak wat apa dah. bagi susu, tak nak, tepuk tak nak, nak dukung pun tak nak, pas kat hubby pun dia tak nak jugak. sapa pun pujuk, memang tak makan saman lah. Last2 biaq ja dia. Tapi... tak sampai hati lak sebab mmg dia nangis habih meter la. biaq dia cool sat, pas tu pujuk dia semula. bagi susu, dok sat tu dia okay dan terus lena. Alhamdulillah....
Reason dia memang tak dapat dikesan tapi aku jangkakan sebab aku terlambat buat susu + mungkin rasa berdenyut kot kat tangan yan sakit tu.

Pagi nie, bila aku bangun, aku tgk tangan dia tak okey jugak dan dia dok garu ja. Walaupun dia tak nagis, better bawak gi klinik la, kesian aku tengok. kalau dia sakit pun, bukannya dia tau nak cakap. so, doc bagi ubat tahan sakit, anti biotik, ubat bengkat dan ubat sapu.

Sunday, February 21, 2010

Nak jugak CD free.



Bismillahhirrahmanirrahim...


Harap2 tu leh la dapat CD free. Kalau u all nak jugak, try la jengok kat blog uncle

Time to do homework

Let's start my dear kids. Jom buat homework.

Sambil tgk tv

Adam dah pandai tulis nama sendiri. But kena tolong ejakan. mama proud of you son. at least dah kenal abc.


Belajar tulis no. 2 & 3. worksheet nie, dari buku yang mama beli. Mama scan from the book then print 2 copies, 1 for adam, 1 for maisarah. buku nie nanti, still boleh digunakan oleh maisarah. Sekarang nie, adam and Maisarah can write and color the same worksheet. tak yah nak berebut lagi.


Yang nie pulak ujian yang mama buat. ha..ha.. ada jugak skill melukis tu. saja nak try tengok samada adam faham dan betul2 kenai tak number tu.

Test ni pulak untuk menguji samada adam ingat tak macam mn nak tulis nombor ikut bilangan gambar tu. At first, mama tak letak nombor kat atas tu, but bila adam dah kira bunga tu ada 1 but adam tulis angka 2, maka terpaksa la mama tulis gak nombor 1,2 & 3 kat atas untuk rujukan adam. bila tgk reference br adam leh buat yer. erm... part nie, perlu diperkemaskan lagi nih.

P/s : ari nie, mama begitu rajin. Kalau mama macam nie selalu, mesti anak-anak mama cepat pandai. Ya Allah, bagilah kekuatan & tekad yang kuat kepadaku untuk meneruskan jihad ini. Ameen.


Posted by Picasa

Trial

Trial entry untuk upload pic thru picasa.




Posted by Picasa

Saturday, February 20, 2010

Syoknya depa mandi

Dua minggu lepas, mama bawak anak2 mama bermandi manda kat KLCC. Wah seronok tak terkata la. especially maisarah. Budak kecik nie bukannya tau takut. semua dia redah.

sukenyer dier...

siap aksi kuak lentang lagi

Adam pun enjoy gak





Alahai internet...

Tengok jer tajuk entry nie, sah la aku nak komen pasal internet connection aku sekarang nie.
Bukan masalah kelajuan, ... dah okey dah.

BUT...
.
.
.
.
masalah usage limit.

Kenapalah, maxis nie buat limit lak. kacau tul la. nie baru hari ke-4 untuk current billing cycle, statistic already shows 5 GB usage dah aku guna. Nie pun aku dah upgrade ke 6 GB package. pas ni alamat kene block la.

Maxis nie kedekut tul. Dulu dia tak block, but connection akan slow jer. sekarang nie dia block terus. kalu nak surf internet lagi, kene beli top-up. Mahal lak tu. 1 GB RM28.

Nie kalu kedua aku subscribe line maxis nie.

Aku pernah pakai maxis dulu, dan pernah terminate pas tu subscribe semula.
Aku pernah guna celcom broadband. terminate jugak. the connection time tu teruk sangat. average of less than 10 kbs
Aku pernah try Wimax. but return balik sbb tak meet my expectation.

What should i do now?
Should i subscribe streamyx?
or Should i use back the celcom because it is unlimited usage and i hv the modem which I invested before.


Read and Write abc.123

Ari isnin ari tu, masa aku jalan2 kat carrefour, Ampang, aku ada terjumpa orang jual educational VCD untuk kanak2. Ada beberapa VCD yang menarik minat aku, aku mmg mencari VCD phonic/ read easy/ bacalah anakku untuk adam. But, oleh kerana budget ku agak lari sikit bulan nie, aku just belikan adam VCD ni dulu iaitu Read and Write abc.123 with Hoppen. It comes together with the book (actually, the book comes with VCD).


Oleh kerana, adam dah kenal alphabet, aku prefer VCD ni sebab dia tunjuk cara menulis huruf dengan betul. Memang menarik. 2 in 1. Harga pun berpatutan. Hanya RM14.90.

Maisarah really enjoy it. But adam, kureng sikit sebab dia malas nak tengok CD yang belajar2 bagai nie. Oleh kerana, kena paksa ngan mama dia, dia kena tengok jugak. ha..ha..ha.. Mama nak bagi anak mama pandai la. Dalam kene paksa pun enjoy jugak la.

VCD nie, akan ku letak dalam kereta so that boleh anak2 aku tengok walaupun pegi jalan2. It's good for Maisarah yang baru belajar nak mengenal huruf. But for her, the one that reading the ABC is more suitable. But, next timelah I grab it.

So, lepas nie senang la nak beli educational VCD untuk anak sebab dah tau kat mana nak dapatkan. My aim is Bacalah anakku, bacaan jawi.


Adam o Adam...

Salam,

Lama jugak dah la aku rasa aku tak coretkan pasal anak2 aku. sememangnyer banyak story. Tp, bab2 nak menaip nie la yang malas sikit nie. Nie pun sebab kawan aku yang sorang tu (Ana) menanyakan perihal adam sekolah.

So, amacam? ada okey ka?

Pejam celik, pejam celik, dah dua bulan dah adam bersekolah (walaupun br tadika). so far so good. Cuma kadang2 tu malas sikit dia nak wat homework kat sekolah. (sometimes, mama dia yang tak sempat nak tengok homework adam). Oleh kerana, banyak kali jugak la adam tak siapkan homework, maka cikgu suruh adam wat kat sekolah waktu petang sementara nak tunggu aku ambik adam.

Adam dah pandai apa sekarang? Erm.... apa ek? ABC, mmg dia dah kenal sikit b4 dia masuk sekolah ari tu. But aku rasa improving sikit. Yang nampak ketara tu, huruf jawi (alif, ba, ta). Kalau dulu tu, setakat alif, ba ta ja. but sekarang nie dah banyak huruf yang dia sebut seperti alif, ba, ta, sha, jim, kho, lam alif, hamzah). yang lain tu, dia jarang sebut. Kalu tengok dia tulis jim tu, ha..ha..ha... nak gelak jugak la. macam 'S' terbalik pun ada. Jenuh ngajar nak bagi tulis elok sikit. Sabo je lah.



Yang paling aku suka , tak sampai seminggu sekolah, dah pandai baca doa makan sendiri. lancar pulak tu. siap tambah kat belakang tu... "makan cikgu..." ha..ha..ha..
But bila suruh baca doa lepas makan, tak tau. tu yang aku musykil tu. Takkan tak baca doa lepas makan kot. Or, mungkin, doa sebelum makan tu, adam selalu baca, sebab tu dia cepat ingat. yang lepas makan tu, kalu kat umah, just baca alhamdulillah je. he..he.. mama pun salah gak, tak ajar doa penuh.

apa lagi yang adam dah pandai ek?

Susah jugak nak buat penilaian perkembangan anak nie. yang sikit2 tu kita tak nampak sangat. But i thing he's progressing well. In term of communication with peers also, improving. Good adam, keep it up the good work.

Mama doakan Adam berjaya didunia dan diakhirat.

Friday, February 19, 2010

Tell me why?

Dah 2 minggu aku sakit? aku pun tak tau nak cite macam mn? sakit apa?

yang aku tau, aku sakit kat bahagian atas mata kiri. secara specificnyer, kat bahagian kening tu. kekadang aku rasa urat kat mata aku berdenyut-denyut. Kalu aku tak makan ubat, sakitnya makin melarat. mcm nak terkuar je mata aku.

ari tu, aku dah gi klinik, doktor bagi ponstan. dia kata maybe, aku baru baik selsema. Tak fully recover lagi. tu yang sakit tu. But, dah lebih seminggu dah dr tarikh aku gi jumpa doktor tu. tak okey jugak. kalu aku ambik ponstan tu, okey la. But, esok jadi plak. Is it migrain? But, aku takde migrain. so, apa itu?

Ke sebab, aku rajin sangat dok minum kopi (the 3in1 cafe). I love them very much. Mmg tak sah la kalu aku tak ambik secawan kopi setiap hari. But I cannot avoid it. Tak tentu arah dibuatnyer.

Ya Allah... sembuhkanlah aku dari kesakitan ini. Ameen.

Buhsan...

Aduhai, aku tgh bosan tahap gaban nie. masuk ari nie, dah genap seminggu la aku bercuti. takde gi mana2 pun dok umah jer.

Nak kuar jalan2 pun takleh. "patah kaki" sebab hubby bawa kete gi keje. motor dia 'pancet'. Bila la tokey kedai moto nie nak bukak kedai. hu..hu..

Sekali terfikir, apa lah manusia nie, cuti bosan, kerja pun bosan, apa nak jadi ntah. Tulah... tak tau bersyukur langsung.

-Ya Allah... ampunkan aku.-



Sunday, February 14, 2010

The "Cowgirl"


Aku tak tau nak tulis apa kat entry nie. just nak mengabdikan gambar2 annual dinner yang ala2 cowboy gitu yang dah lama aku peram. jom layan.





Committee member on stage

The committee members

A group of auditor




Wednesday, February 10, 2010

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI ...


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”


Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:


1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”


Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers