Sunday, March 21, 2010

Putrajaya ~ 20 Mar 2010 ~

Semalam, hari jadi mr hubby, mmg plan nak ajak pi jalan2 kat Alamanda Putrajaya. Kebetulan pulak ada hot balloon fiesta, boleh la ajak pi jengah sekali. Thank you to mr hubby sebab sudi bawa.

Sampai kat putrajaya lebih kurang kul 1 ptg, so, aku ajak hubby gi lepak kat Alamanda dulu. Lepas penat jalan2 kitorang layan JM beriani... Alhamdulillah... dah kenyang.

maka mulalah perjalanan ke persint 2, ke tapak pesta tu. baru je satu belok, keluar dari alamanda tu, Tiba- tiba ........

Burrr....o..ooo.... Maisarah muntah.

Nape Maisarah leh muntah pulak? Anak2 aku nie, jarang muntah. Even kalu demam pun, tak muntah. nie serius nie? Dia dah nangis....

Terus jer stop kete tepi tu jugak. mujur la ada bawa baju salin. Seperti biasa, 'wet tissue' mmg selalu aku bawa. so, aku pun lap dan cuci la apa yang patut. Macam mn nie? nak pegi tak tgk ballon tu. Rugi la kalu tak pi tengok. Lagipun, kesian la kat Adam sebab dari malam semalam lagi asyik dok sebut nak gi tengok balloon tu. Tapi maisarah macam mn? Nak kata demam, tak demam pun. Maybe dia tersedak masa nak minum susu tadi kot. tu yang sampai termuntah tu.
hmmmm... up to you la mr hubby.

Akhirnya... kami sampai jugak ke tempat yang hendak di tuju. mujurlah, maisarah dah okay. Wah... panas betul.

Masa kitorang sampai, tgh ada pertunjukan "helicopter control". pas tu ada pertunjukan para moto. But, pertunjukan para moto nie, ala kadar jer sbb cuaca tak berapa baik. hari macam nak hujan jer.

lepas show paramoto nie, baru la ada hot balloon. Itupun bergantung pada keadaan cuaca. kalu tengokkan keadaan awan, agak gelap. tapi dah semakin berarak pergi. mudah-mudahan, angin akan bawa awan gelap tu ke tempat lain.

Mungkin, dah rezeki Adam dan Maisarah... akhirnya, dapat jugak la tgk balloon besar tu.




Apa nie?



.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.


Kih..kih..kih... this one very cute.

Suke jer adam dan maisarah tgk nie. Both of them very happy. It was such a wonderful experience.







Gambar Adam & Maisarah main belon nie takde kena mengena ngan hot ballon. Belon tu dapat minggu lepas, masa pi birthday Taqif.


Friday, March 19, 2010

2nd Putrajaya International Hot Balloon Fiesta 2010

Salam...





Malam nie nak try cuba pujuk hubby untuk pi fiesta hot balloon ni. Macam best ja. Adam dan Maisarah sure suka. Tadi, dah print material untuk di tunjukkan pada mr hubby. Sat lg nak suruh adam bagi. heh..heh..heh... hopefully, nak la mr hubby pegi. lagipun, esok birthday mr hubby.





Tuesday, March 09, 2010

Apa ada dalam solat?


Untuk meningkatkan kualiti solat kita, kita perlu mengetahui apa yang ada pada solat. Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Begitu juga solat, jika kita tidak mengenali apa itu solat, maka kita tidak akan mencintai solat. Di dalam solat ada 5 perkara yang penting.

1. Di dalam solat ada memohon hidayah Hidayah maknanya petunjuk.

Di dalam solat, Allah letakkan permintaan hidayah di dalam surah al-Fatihah ayat ke 6. Petunjuk Allah pada jalan lurus ini bukan sahaja di dalam bidang keagamaan, tetapi seluruh jalan hidup kita. Kita selalu berhadapan dengan persimpangan yang memerlukan kita memilih. Kandang-kala, kita sendiri tidak tahu mana yang terbaik untuk keputusan di dalam hidup kita ini. Jadi, dengan mendirikan solat, kita selalu memohon agar Allah berikan kita panduan terbaik untuk kita membuat apa-apa keputusan di dalam hdup ini.

2. Di dalam solat terdapat rangkaian doa.

Allah letakkan lapan rangkaian doa di dalam duduk di antara dua sujud. Lapan doa itu ialah Rabbighfirli, Warhamni, Wajburni, Warfa¿ni, Warzuqni, Wahdini, Waafini, Wa¿fuanni Ya Allah, ampunakan aku, kasihanilah aku, cukupkan aku, angkatlah (darjat) aku, rezkikan aku, hidayahkan aku, sihatkan aku dan maafkanlah aku. Jadi, semakin banyak kita bersolat semakin banyak kita berdoa pada Allah untuk kebaikan diri kita.

3. Dalam solat ada ucapan syahadah.

Ucapan syahadah ialah ucapan ikrar bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhamad itu pesuruh Allah. Dengan bersolat bermakna, tiap hari kita akan memperbaharui ikrar kita ini. Sebab itu di dalam hadis, Nabi menyatakan bahawa:- Sesungguhnya, pembeza seseorang dengan syirik dan kufur adalah meninggalkan sembahyang (HR Muslim) Orang yang mendirikan solat sentiasa memperbahrui ikrar syahadahnya.

4. Di dalam solat ada ucapan selawat pada Nabi.

Kita semua maklum bahawa ucapan selawat adalah satu amalan yang Allah dan para Malikat juga bersama-sama melakukannya. Di suruh kita juga selalu berselawat pada Nabi hingga di dalam hadis Nabi menyatakan bahawa:-
  • Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali
  • Jika Allah sendiri telah mengucapkan selawat dan salam kepada kita, maka sudah tentu kita akan terlindung dari semua marabahya dan perkara yang tdiak baik.

5. Di dalam solat ada ingatan kepada Allah.

Memang itu pun tujuan solat. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:- Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku (surah Taha ayat 14). Jika kita lihat bacaan dan gerakkan sembahyang, kebanyakkannya menyatakan ingatan pada Allah. Ucapan takbir, bacaan fatihah, dan sebagainya. Jika kita sering ingat Allah, maka janji Allah seperti di dalam al-Quran:- (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (surah al-Ra¿du ayat 28) Kesimpulannhya, jika kita mengetahui apa ada pada solat ini, sudah tentu akan lahir rasa ghairah untuk melaksanakan ibadah ini. Kita tidak akan menjadikannya sebagai program sampingan ketika sibuk membeli belah, maka kita lambatkan ia, ketika sibuk melihat TV, kita lambatkan dan sebagainya. Semoga dengan mengetahui apa ada pada solat, akan menyebabkan kita rasa lebih seronok untuk bersolat, semoga Allah rezkikan pada kita menjadi hambanya yang sentiasa mengingatinya.

Alhamdulillah...


Alhamdulillah... Pagi tadi aku pi interview. Interview aku arie nie boleh dikatakan berjalan lancar walaupun ada 'gabra' sikit masa sesi interview tu td. Penal dia kata kalau shortlisted, pas ni ada second interview. What does it means? Ada peluang ka? Aku harap ada la...


Tuesday, March 02, 2010

Cafe tutup...

Hu..hu.. ketika aku update entry nie, aku tersangat la lapar. breakfast pg td just minum 1 cawan kopi goji jer.

oleh kerana busy bekerja, tak sedar masa berlalu. (poyo jer...) tup.. tup dah kul 1. perut pun dah mula berkeriut. Jalanlah aku ke cafe nak beli makanan. huk..huk.. banyak stall yang tutup ari nie. maybe sbb takde air kot ari ni. yang ada just kedai air dan kedai mamak jer. punyer la ramai org kat cafe tu.

Malas lah aku nak beratur panjang2. Aku call kawan aku suruh dia bungkuskan bihun goreng untuk aku satu.

Nie tgh nunggu dia balik la nih. lapo nyer... dah tak leh tahan lagi dah. so, pederaih dorayaki 2 keping dan sdg melantak ban "butter milk" yang baru suku masuk mulut. Tgh berusaha control nafsu supaya tak habiskan ban tu sebab kejap lagi nak makan bihun goreng pulak.


Monday, March 01, 2010

Diet? not diet? bila nak start?

Hari nie dah 1 March 2010. Wah... dah 2 bulan dah kite menjalani kehidupan pada tahun 2010. alhamdulillah... syukur kehadrat Ilahi diatas limpahan rahmatNya.

Dah start bulan baru. It's a good beginning kalau nak start semula plan diet? but mampukah aku lakukan?

Apakah plan yang aku nak ikut? tanpa nasi kah? detox kah? JusMate kah?



Aku sebenarnya "envy" tengok kengkawan yang berjaya jalankan detox plan. Salute la kat you all. Aku sering doakan agar you all berjaya dalam apa jua yang you all rancangkan.

Aku?


Aku pun kalau boleh tak nak ketinggalan jugak. Aku pun nak sihat jugak. so, jom lah sama2 kita lakukan.

Here are some quotes for our inspiration






Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers