Sunday, May 30, 2010

Pahlawan negara

With Maktok. Today's outing, dok cewi tudung baru.

Alya Maisarah dan Pak Ngah Nabil

sebenarnya, elok jer Maisarah sandar kat tiang tu, mama suruh la 'duduk' (stand firmly in northern dialect) situ betoi2, mama nak snap photo. Lansung dia duduk sebab ingat mama suruh duduk agaknya.

Nampak kurus lak. Jgn tertipu, effect baju sebenarnya.


Posted by Picasa

Thursday, May 27, 2010

BABY WITH SOOTHER OR FEEDING BOTTLE CONTEST

Bismillahirrahmanirrahim….

Wah… Nak join contest, siap baca bismillah lagi. Yelah, nak dapat berkat.

Nie kira first time aku join contest nie. Contest nie, dianjurkan oleh N.A.I sempena birthday Khalish.

So, enjoy the photo :

Photo nie, diambil ketika Maisarah berusia 11 bulan masa attend wedding cousin suami kat Melaka .

Nie pulak gambar Maisarah masa dah berusia 1 tahun setengah. saja syok dok menerai tudung. he..he.. Gambar latar belakang terpaksa dikaburkan kerana latar belakang yang kurang menyenangkan pandangan mata. sorry no....


Berikutnya adalah detail empunya photo :-


Nama: Nur Alya Maisarah bt Hanif

Tarikh Lahir: 11 Dec 2007

email: nurfazlizah@gmail.com

Aku nak tag :

Adzrina

Ninie

Yeah.. esok cuti

Girangnya rasa hati esok cuti. Tak sabar rasa nak balik. La..la..la...

 

So far, takde plan lagi nak wat apa weekend nie. Asalnya, nak ikut rombongan meminang untuk adik ipar ke N9 tapi  terpaksa cancel sebab encik suami tak cuti.

Mak aku pun tak jadi datang umah minggu nie. So, nunggu update dari SIL aku jer lagi whether dia nak datang lepak KL ke tak.

 

Sambil aku update nie, dapat plak sms dr mak aku yang dia nak datang KL. Tu pun nak tengok tiket ada ke tidak. Normally, mak aku datang naik keretapi. Kalau ada rezeki dia nak jumpa cucu, adalah tiket tu.

 

So, kepada semua,  HAPPY HOLIDAY

 

 

 

 

 

Wednesday, May 26, 2010

Ari ni MC

Hari nie aku MC. Thanks Doc coz bagi MC kat aku ari nie. dapat la aku rehat sehari. Lenguh betul belakang aku nie. My backache coming back. 

What suppose I do? Pantang silap duduk sikit/ ngadap komputer lama sikit jer, dah backache. Semalam aku wat keje kat meja dan duduk proper2 pun sakit jugak. Apatah lagi kalu aku wat kerja sambil lepak depan tv. lagi la azab.

Resah jer aku rasa. serba tak kena dibuatnya. Ni baru umur 31 thn. Kalau dah 40, 50 tahun, macam mana la pulak. Risau pulak aku kalau dipikirkan.

Chow dululah... Nak rehat nie. 
See you.

Monday, May 24, 2010

Aktiviti ari nie.


Ari nie mama rasa nak bawak anak2 mama pi main kat playgraound kat sekolah Adam. Kul 6 mama bersiap nak pi jemput adam balik sekolah. Mama ambik adik dulu kat umah Cik Azie.

Adam sikit la punya happy coz mama ambik awai hari nie. Tp mama tgk adam belemoih sikit. Kawan adam kata adam makan coklat. la... tu critanya. Seperti biasa, kalau pi ambik adam bawa Maisarah, si kecik nie sure excited terlebih.

On the way back, mmg lalu kat playground. so, mama singgah la. Kesian kat anak2 mama, lama tak main kat playhround. semalam main sat sangat sebab hujan dah renyai2.

Kat play ground tu, adam dapat friend baru. girl lagi... sibuk dia main ngan girl tu, lupa kat adik. yang girl u lak, ikut ja mana adam pi. Adam naik benda yang enjut2 tu, dia selamba jer naik ngan adam.


Balik dr playground, mama, adam dan maisarah singgah kedai dulu. Nak beli lauk untuk masak makan malam. Walaupun, mama plan tak nak makan malam nie, tapi mama kena masak jugak untuk ayah. lebihkan sikit if anak2 mama nak makan. Belum sempat mama nak tengok apa yang nak dibeli, adam dah siap ambik air kotak sorang satu untuk adam dan adik. sabo jelah.



Malam, mama tengok adam wat homework. Dah lama jugak ler mama tak tengok adam wat homework. Adam nie, tak suka warna. Kalau bab nak warna jer, puas la mama pujuk. Kalau dah penat pujuk, pegang jer rotan, ok la dia. maisarah lak, sibuk la nak warna jugak. Mama bagi la maisarah buku warna yang mama baru beli minggu lepas. itulah anak2 mama.





Tuesday, May 18, 2010

Mandi malam

Pagi nie leeja dapat e-mail dari kawan leeja. e-mail tu pasal mandi malam.

Di petik dari akhbar kosmo online
MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!
Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.
"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.
"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.
"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.
Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.
"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya.

Seriau pulak rasanya bila baca petikan tu.
Dah la leeja nie jenis yang suka mandi malam. Yelah, bila sampai umah dah about kul 7 lebih dah. buat la apa2 yang patut dulu, pastu masak, kemas dll. dah settle semua baru terhegeh-hegeh nak mandi. selalunya, antara kul 8 - 10 malam la kite mandi. Yelah, kalu mandi awal, lepas kemas2 umah, dah berpeluh la... lepas masak, dah bau bawang la dan sebagainya. tu pasal la kite mandi lewat tu.

hu..hu.. pas nie, akan diusahakan untuk mandi awal. Badan pun dah sengal-sengal. maybe sebab urat dah kembang la sbb suka sangat mandi malam. memang pun mandi malam nie tak elokkan. dah tau tapi wat jugak. bila baca artikel tu, macam ngeri sikit. oleh itu, renung-renungkan.

Monday, May 17, 2010

Team Alpha


A photo session with team Alpha after the aircraft sweep.
Photo taken on 747 type aircraft at first class cabin
he..he.. merasa jugak layan kat first class nie.

Posted by Picasa

Friday, May 07, 2010

Aircraft sweep



Ari nie leeja off day sebab semalam kerja malam. Ehh... sejak bila pulak kerja shift malam nie?
he..he..penat wooo cuci aircraft malam tadi.
bukan kerja menyapu atau membersihkan aircraft. Tapi, perform check on the interior condition aircraft.
macam kerja2 QA jugak.
Abih sume kitorang belek. sit cover lah, meja lah, kerusi tu boleh baring ka tidak. kot kalu tak function, leh panggil engineer kasi adjust sikit. keselesaan pelanggan adalah misi syarikat.
audio and video pun check jugak. berfungsi or sekadar perhiasan. kena pastikan all function.

Nie first time la leeja volunteer untuk program nie. Operasi kali nie, ialah aircraft 747.
Kira macam jakun jugak la nak naik & turunkan sit dia tu. baring la, duduk la. tekan sana, tekan sini. dok menerai business class sit. dapat jugak layan kat first class sit. lagi la jakun. Walaupun, tak dapat rasa yang betul2, dapat rasa time nie pun jadilah. maklumlah, dah nak resign pun. Tipis la harapan nak rasa first class lepas nie. percentage is 0.00001%. Kalau ekonomi or biz class tu, mungkin ada lagi la harapan
last sekali, masuk kat cockpit (ini untuk posing ajer). kang, tertekan button apa2 sat gi, tak ke naya.

Kononnya, berangan nak flr the aircraft la tu.......


Dah selesai check, posing dulu dalam a/craft 747 ... Ntah bila la lagi, leeja nak dapat merasa naik flight. Maklumlah, kite nie, bukannya berduit sangat. InsyaAllah, kalu ada rezeki tu, adalah yer.


Berpeluh2 jugak la wat kerja malam tadi. Walaubagaimanapun, leeja happy sangat.

Wednesday, May 05, 2010

Photo of the day


Sambil browse koleksi gambar, terjumpa pic ni. Pic nie, mama snap masa trip gi zoo negara pada Apr 2010. Second trip for Maisarah.




Posted by Picasa

Majlis berinai

Malam tadi buat project pakai inai ngan Maisarah. Ini kali pertama Maisarah pakai inai. berjaya jugak akhirnya. Macam tak caya pulak. pernah dulu mama cuba pakaikan maisaraha inai, tapi, belum siap satu jari pun, dah tak senag duduk. But, kali nie cayalah.... leh bertahan sampai habis sepuluh jari.



Di serikan sedikit dengan butterfly. la..la..la..


memang control betul anak mama masa pakai inai nie. tegang jer tangan tu, control takut comot. he..he.. dah pandai nak melawa rupanya.

Yang kelakarnyer, macam mn nak minum susu? so, mama la pegang botol tu. tersipu2 malu anak dara mama nie. dah tu, gelak pulak. Maklumlah, sejak pandai makan dan minum sendiri, semua benda nak buat sendiri. mana nak mama buatkan. kelakar pulak mama tengok gelagat anak mama sorang nie.


Tara...... dah siap. Hopefully, maisarah tak nangis nak buang inai tu dah ler.



Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers