Wednesday, June 30, 2010

Mama makan baby eee...


Semalam, mama, adam dan adik tengok koleksi gambar2 lama. Gambar adam masa montel, gambir adik masa baby. Ha..ha..ha.. semua orang excited.

Jumpa gambar mama tengah pregnant Maisarah. Mama tunjuk kat adam. Mama bagitau, dalam perut mama ada baby. Pas tu adam kata...

Mama, dalam perut mama ada baby eee?

Mama makan baby eee?


Ha..ha..ha.. how to explain? Just said that mama tak makan baby, baby tu dalam perut mama.

Gelihati lak dengar adam tanya macam tu. Unexpected tul.

Ni la gambar budak yang dalam perut mama tu... Nur Alya Maisarah

Tuesday, June 29, 2010

15 days to go...

 

It’s 15 days to go. Now, I am counting days for my remaining days servicing Malaysia Airlines. A mixture of feeling I had now, sad, excited, busy, panic.

Sad when I thought about my friendship

Excited when I thought about a new company that I gonna work later. I am looking forward for that

Busy and panic when I thought about my current assignment. Now, I am struggling to finish up my work.

 

Good Luck dear Fazlizah.

Wednesday, June 23, 2010

Maisarah kecik2

Nie video Maisarah masa dia kecik. Berketul2. Adam pun, lebih kurang jugak, Bolat.


Genting, Kota Keriangan

Jumaat minggu lepas ayah bawa kita pi Genting Highland. Thank to maktok la, sebab kalau maktok tak ajak pi, maka tak merasa la kita semua pi Genting Highland tu. Mama pun, terpaksa la kena EL (er... terpaksa ke? atau paksa rela?) he...he.. mana aci, asyik adam jer jalan2 sepanjang minggu ngan maktok, tokwan dan pakngah nabil.


Ayah dengan tokwan.

Eiii... sejuknya. Baru sampai genting.




Maktok sedang beratur nak beli tiket masuk.


maisarah dah tak sabar nak naik flying alephant


Nape jelir lidah tu adam? Adakah adam tak puas hati kat mama sebab mama suruh adam posing sedangkan adam nak jalan ikut ayah.

this girl so happy

Mula2 tu tak harap jugak adam naik bumper car ni sorang2. tapi, biasa la.. dah namanya budak, kalau bab main, tak payah nak ajaq. Pandai sendiri.

mama tak dapat naik nie. malas nak naik sebab ayah tak mau naik. Nie plak, tokwan ngan pakngah nabil. Plannya, naik sekali ngan maktok, tapi tak lepas. dah penuh. so, adam ngan maisarah naik ngan maktok.

Bot to dinosaur land. After a long Q. Finally....

Boleh pening ooo, benda nie pusing. mam nak pegang benda tu bagi slow sikit, tapi adam tak mau. adam syok dia pusing laju2.
Full of excitement

Maktok dan tokwan.

hmmm, mana gambar ayah? hu..hu.. ayah nie asyik ngelak camera jer. mahal tul gambar dia ya...

Monday, June 14, 2010

Siri jelajah Malaysia - Adam with maktok, tokkwan n pakngah


Dah 2 minggu Adam kat Penang ngan maktok. mama pun, punya lah rindu tak terkira pada Adam.

Ari sabtu, bermulalah siri jelajah malaysia oleh Adam bersama maktok, tokwan dan pakngah nabil. Mula2 ke Kelantan. menginap di Jeli. Esok paginya ke rantau panjang. Maktok nak jamu mata sat.

Adam dan PakNgah kat Pantai Irama


Petang ahad, mama dapat update dari maktok. Depa nak pi Pulau Perhentian pulak. Syoknya adam.....



Syok la adam dapat naik bot. Jaket tu lgi besaq dr tuna. Jaket budak2 takdak ka?


Thursday, June 10, 2010

aPA AhMAd AdAM bUAT kAt kAMpUng?


iNIlah aktiviti adam mustaqim kat penang. Maktok bawak jalan2 kat muzium perang kat Penang.

Petang2 maktok bawa gi playground. Pampered habisss....

Hopefully adam seronok la bercuti kat kampung. Tapi ...mama kat sini la yang kerinduan.

Tadi pagi call adam. He refused to talk... hu..hu…

Pas tu, makbe maktok pujuk kot, kata mama nangis sebab adam tak mau cakap, then, dia call balik, baru nak cakap ngan mama.

Terubat jugak la rindu…

Tuesday, June 08, 2010

I miss you very much!!!!

 

Dah seminggu Adam balik Penang, umah maktok. Mama rindu sangat kat Adam. Mama tido pun sorang-sorang. Selalukan adam tido ngan mama. Sunyi woo.

Bila adam nak balik umah mama? Bila maktok nak hantaq mama balik? Mama dah rindu sangat pada adam.

 

Kalau mama telefon adam, adam tak nak cakap ngan mama. Mama rindu sangat kat adam.

Tak sabar nak tunggu hujung minggu,

Harap2 maktok tukar destinasi melancong ke KL

So, dapat la mama jumpa adam.

Kalau maktok pi jalan2 kelantan, maka mama kena tunggu lagi seminggu la untuk jumpa adam.

Mama rindu sangat pada adam.

Mama harap, adam baik2 kat kampung.

Tak nakal-nakal.

Adam rindu tak kat mama, ayah dan adik?

 

 

Friday, June 04, 2010

It's Our 5th Anniversary


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang……

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Kukuhkanlah ukhwah Islamiyah kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Istiqamahkanlah kami ya Allah…
Demi meneruskan perjuangan kami dalam medan dakwah yang penuh cabaran ini…
Jika ikatan yang Engkau tentukan ini…
Adalah satu pemangkin bagi kami…
Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai…
Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini…
Maka jodohkanlah kami…
Moga putra-putri kami bisa menjadi muslimin dan muslimat…
Pendokong jamaah…
Penggerak gerakan Islamiyah…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan…
Jika aku gagal menagkis kekecewaan itu…
Pelihara dan mantapkankanlah imanku…
Moga kekecewaan itu tidak menggugat gerak kerja Jamaahku…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkan aku dengan takdir-Mu…
Aku redha dengan segala ketentuan dari-Mu…
Inilah ujian pentarbiyahan buatku…
Sesungguhkan apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan sefikrah yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Sama-sama dapat terus bergerak di dalam Jamaah Islam…
Andainya sudah ditakdirkan buatku…
Pendokong Jemaah bukan jodohku…
Mantapkanlah tarbiyahku…
Agar aku mampu membawanya bersama melalui liku perjuangan ini…
Sama-sama berusaha mendaulatkan Islam…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan soleh dan solehah…
Yang pastinya menjadi aset utama penegak syiar agama-Mu…
Ya Allah …
Redhakanlah perjuangan kami…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharakanlah kami dari azab api Neraka…

Ameen…ameen Ya Rabbal a’lameen

Thursday, June 03, 2010

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

 

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.
 
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .
 
Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

 

Peringatan untuk diri sendiri dan sahabat2 yang dikasihi.

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers