Monday, December 27, 2010

Mommy Dotter collection

Nie la dress yang mama jahit untuk Maisarah. Mama dah register dress ni dalam mommy Dotter Collection. Dijahit sempena menghadiri kenduri kat Fizi & Ema di Sungkai.


Nie pulak pic mama ngan Maisarah. Baru betul2 mommy dotter collection kalau pakai sama2. Mama loves red and pink and also roses.

Tak ketinggalan jugak, pic abang Adam. Tema kita Red and Ping, walaupun pengantin punya tema ialah green.


Lastly, pic kenang-kenangan bersama pengantin.
Tahniah buat Fizi & Ema (Cousin ayah)

p/s : Kalau ada sesiapa yang nak wat macam nie, blh bagitau k.


Wednesday, December 22, 2010

Shirred sundress

Now we have Maisarah's shirred sundress that mama sewed last weekend. This is the first time mama sew using elastic thread. Just depand on the tutorial from the website and sew it. Adjust here and there for the thread tension, and here we go.
 
My next project is mama and daughter dress. Of course dress for my little princess and for mama is not dress but baju kurung. This is for wedding that we are going to attend this sunday at Sungkai.
 
p/s : So happy today as I met my son, Adam. He already back home with his grandma this morning by train. However, still not manage to spend time together since I have to work. Can't wait until 6pm to meet him and hug him. Mama miss you very much Adam.
 

Tuesday, December 21, 2010

Green dress

Wahai Maisarah,

Kalau cheq nak tau, la nie mama tgh dok ketagih jahit. Mmg excited sgt nak jahit baju untuk maisarah. Kali nie mama nak buat dress kembang payung la pulak. Please.... jangan ganggu mama masa mama jahit. nie untuk Maisarah. Inilah hasilnya....



Bunga nie dr kain yang sama. Buat hiasan kt dada. Bias tape yang sama jugak.
Skirt yang kembang

Sukanya dia pusing2.... ala2 princess la konon

aksi yang over excited gitu..

Terus pakai gi jalan. Orang makan ayam kat Nando's. Maisarah plak makan Pizza.
Foto ngan ayah yang malu2


"Ayah... Maisarah nak sikit"

Akhirnya.... dapat jugak minum . Thanks ayah!



Ha..... ngendap apa tu?







Nie, mama punya makanan. Ops, bukan ini ajer. Ada lagi.....
Appertizer (Kongsi ngan ayah)


Adam......
Mama miss you very much. cepat la balik KL.

Friday, December 17, 2010

Dress lagi

Maisarah,

Cheq nak tau dak? Semalam, masa mama kuar lunch, lalu depan kedai kain ISETAN kat kotaraya tu. nampak kain nie, cantik. so, mama terus beli la nak wat dress kat anak dara mama yang sorang ni. Tak sabarnya nak balik, nak potong kain tu.

Sampai jer umah, cepat2 mama masak, makan mendobi dan kemaskan umah serba sikit. Kalu umah dah bersih baru la ayah tak bising kalu nak wat keja lain. Bila dah clear tue, mama pun kuarkan la pekakas jahit mama dan start la melakar dasar dress untuk my little princess. Cik adik nie pun satu hal, ngacau mama. mama nak lukis, dia pun nak lukis jugak. penat mulut nak bercakap. mama tutup kipas sbb nak gunting kain, dia bukak kipas sebab panas. Alahai adik.... nak bukak kipas duduk la kat hall tu, kat sini mama nak gunting kain. Erm..... tak nak. so, kena la alihkan kipas tu sikit. Masa awak leka main, mama tutup la kipas tu. laa...laa...la...

Masa untuk menggunting..... puas ler memikir cam ner nak gunting. Akhirnya.... selesai menggunting. Tak sabar nak jahit dah. nak tengok hasilnya, menjadi ka dak. lantak la, jahit tepi tu kemudian. he..he.. he.. Inilah mama, tak dan dan (tak nyempat2) kalu nak buat sesuatu.

zup...zap...zup...zap...maka siap lah dress untuk puteri mama. Yahoo... cuma... apa accessories yang mama perlu tambah yer untuk menceriakan lagi dress ni?

P/s : Mohon minta pandangan kengkawan.

SD2 journey (Day 1 - 4)

Salam,
 
Entry nie aku nak update pasal program diet aku ngan SD2.
Sehingga semalam, dah 3 hari aku ngan SD2. Kiranya diet ngan SD2 nie, actually, protien diet. You can eat whatever you want, as long as it protien. NO CARBO please.
 
Oleh kerana, semalam bendera merah sudah naik, maka aku tak ambik la SD2. But, makan still ikut plan jugak. Itu semalam la. Member aku advise, klu period, tak yah ambik SD2. Katanya takde effect masa period. Aku pun tak brapa sure kesahihannya. Tak banyak discussion pasal nie kat tent yang aku jumpa. try search kat FB, pun ada komen gitu. klu nak minum gak, just ambik sekali jer sehari. So, aku pun mengambil keputusan untuk tak ambik SD2 time2 gini. klu nk ambik pun, maybe sekali jer jer sehari. Almaklumlah, mahal tu benda tu. Setin RM144. Boleh tahan lebih kurang sepuluh hari. Mau nya 3 tin sebulan. fuh....parah2. so, time boleh jimat nie, jimat la. Namun, diet harus seperti biasa.
 
TAPI...... untuk ari nie, aku break sekejap. teringin nak minum kopi, nak makan kuih. Hopefully pagi jer aku ambik karbo ari nie. sebab nak lepas gian. next meal, back to the plan.
 
Kat bawah nie update apa yang aku ambik sepanjang 3 ari nie :-
 
Day 1
 
Breakfast 
0800 - SD2
0845 - Telur rebus 2 biji (actually nak wat half boil egg, but dah terlebih masak daaa.)
 
 
Lunch
1230 - SD2
1315 - Ikan keli goreng + tauhu jepun 2 ketul.
 
Dinner
1900 - SD2
2000 - Sup ayam (2 piece of medium size chicken) + 1 tauhu bakar + stir fry cabbage
 
* 3 kali jer SD2.
 
 
Day 2
 
Breakfast 
0800 - SD2
0845 - 1 Roti telur + baked bean (Ada lari sikit menu)
 
 
Lunch
1230 - SD2
1315 - 1 Ikan kembung bakar + 3 bendi rebus
 
Dinner
1900 - SD2
2000 - Sup ayam (2 piece of medium size chicken) + i tauhu jepun di goreng dgn cendawan tiram
 
Supper
2200 - SD2 + green tea
 
Day 3
 
Breakfast 
0800 - SD2 + Spirulina + chlorella
0845 - 2 slice chicken with scramble egg + ceddar cheese
 
 
Lunch
1315 - Yong tau foo
 
Dinner
2000 - Sawi goreng + 1 ayam masak lemak
 
Supper
2200 - plain water
 
Day 4
 
Breakfast 
0800 - Spirulina + chlorella
0845 - 1 karipap + 1 seri muka + Red Guara Cafe (RGC)
 
Itu je menu setakat ini. Adioss.
Hopefully I can still maintain my program.
 
 
Lunch
1315 - Yong tau foo
 
Dinner
2000 - Sawi goreng + 1 ayam masak lemak
 
 
Itulah menu selama 3 hari.

Wednesday, December 15, 2010

Dah siap satu...

I am so happy. Nape?
Sebab aku dah dapat siapkan satu baju dress utk maisarah. he..he.. suke.


Baju nie terkecik sikit, susah nak sarung. next project, kene potong besar sikit.

Next aku wat dress merah nie.

Mula2 tak letak reben kat pinggang tu, tapi, oleh kerana nampak plain sgt, so, tepek la reben tu. ok la jugak rupanya.

Actually, bahagian belakang baju nie tersalah potong. tersalah ambik basi untuk nak overlapping lubang butang tu. Point to note. Almaklumlah, lm tak jahit. pas tu main redah je. Sifu jauh di Penang la.

Monday, December 13, 2010

Diet SDII

Dah berhari hari aku memikirkan hal nie. Hal apa lagi kalu tak pasal berat badan yang semakin memuncak nie. Risau dan tension dibuatnya. Sarung baju nie, tak sedap pakai, sarung baju tu tak sedap pakai. Mana la nak sedapnya kalu dah nampak itu dan ini. dah tu sendat plak tu. TENSION!!!!!!!!!!!
 
Balik kampung minggu lepas pun, mak aku dok tegoq ja. lagi la tension dibuatnya. Mak aku rekemen suh ambik SDII. Dah seminggu aku dok fikir. Akhirnya.... pagi tadi, aku nekad gi beli SDII. Walaupun, aku tenguk banyak jugak la yang kena pantang. namun, aku kena kuat demi bentuk badan aku nie.
 
Ada sesapa nak share pengalaman dia minnum SDII nie ngan aku? aku nie budak baru belajar.
 
Inilah, salah satu azam tahun baru aku. Nak turunkan berat badan. Kalau diikutkan, dah betahun dah azam nie. Asyik tak berjaya. saja. Kali nie, aku harus tekad. Demi maruah diri, kesihatan dan keluarga.
 
GO LEEJA GO!!!
 
p/s : wah... semangat nampak! Sapa lagi nak memotivasikan aku, selain dari diri sendiri.

Thursday, December 09, 2010

Say No to Pampers/ Dryers

Update pasal My little Princess - Alya Maisarah..
 
2 minggu lepaskan Maisarah balik Penang, kat sana maktok kata Maisarah tidoq malam tak pakai pampers. So, sepanjang 2 minggu tu kiranya training buat Maisarah la tak pakai pampers waktu malam. Risau jugak mama bila maktok bagitau yang Maisarah tak pakai pampers bila tidoq. buatnya Maisarah kencing tilam, kan susahkan maktok ja nk jemuq tilam la...apa la... Tapi alhamdulillah Maisarah okay ja.
 
Bila nak balik KL ari tu maktok pesan kat mama, jgn bagi pakai pampers. Biaq dia besa. Oleh itu, dah 2 malam dah kat KL, Maisarah tidoq malam tak pakai pampers. Risau jugak mama, kalau Maisarah kencing tilam, susah wo... Tawakkal aja la. So far Alhamdulillah berjaya. Hopefully malam2 berikutnya pun macam nie jugak.
 
Cuma satu ja yang mama risau pasal Maisarah nie sekarang...... dia suka poo-poo dalam seluaq. Ari tu masa kat umah maktok, 2 kali dia poo-poo dlm seluaq. Semalam pun dia buat hal lagi kat umah baby sitter. lorrr.... Tak pasti la sebab apa. tak sengaja kot. Maybe dia rasa cam nk kentut je tapi...................
 
 
Nota kaki : Suka la ayah Maisarah, dah tak payah beli pampers. Save budget.yer.....
                  2 hari lagi birthday Masarah yang ke-3

Wednesday, December 08, 2010

Salam Maal hijrah

Salam Maal Hijrah
 
Rasanya masih belum terlambat kalu nak ucapkan selamat tahun baru hijrah. Apa azam tahun baru?
leeja? rasanya banyak... banyak yang nak kena reset balik nie. Kena muhasabah diri tu banyak sikit.
 
Sekarang nie tengah gian nak menjahit. maklumlah, dah ada mesin jahit. Tapi yang spoilnya, alatan tak cukup.
Ari tu, tak dak kain. so, la nie dah ada kain, tapi pembaris la pulak tak dak. Kalau kat umah mak senang, semua ada.
Kain2 yang aku ada sekarang nie pun rembat dari umah mak la separuh. La nie, kena pelan2 kayuh dok beli pekakas jahitan sendiri.
 
Projek leeja sekarang nie ialah, jahit baju kurung. Baju dah separuh siap. La nie dok jahit mata lalat. lama tak jahit benda nie, lenguh tangan rasanya. semalam jahit br dapat separuh. Sakan punya dok jahit, sampai jarum patah la. So, petang nie nak kena pi beli jarum la pulak.
 
 
 
 
 

Friday, December 03, 2010

I can't wait!!!

Yea..yea.. .. dah ari Jumaat. Salam Jumaat untuk semua.
Nape saya sangat epi hari nie?
.
.
Sebab... saya nak balik tengok anak kat kampung. Nak peluk cium budak busyuk 2 orang tu.
Dah 2 minggu lebih dah tak peluk cium budak busyuk tu.
RINDUNYE...
 
 

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers