Sunday, February 27, 2011

My First patchwork project

Inilah hasil kerja mencantum yg pertama. masih dalam progress.


Still half of the bed. kain pink and white tu tak cukup sbb aku just guna scrap material. Still dok cr idea camner nak tambah. Shall I just use plain material to finish it up or just mixed it with other pattern.


Friday, February 25, 2011

Yeee Haaa... Yuk makan kek

Sangat suka sebab kek yang dibakar semalam menjadi. Credit to my brother-in-law (Ijam) for the recipe.
 

Wednesday, February 23, 2011

The pink dress
























Aktiviti di petang Ahad

Dari Pandan Indah ke Giant Puchong - ambik Hexagon Water Filter kat Cosway, kemudian ke IOI Puchong cr Cotton Fannel. Seterusnya ke Taman Tasik Permaisuri - acara kanak2. Dan akhirnya pulang ke rumah. Rehat......


Time to skate with skooter


Ni lah rupa maisarah main kalu rambut tu tak reti2 nak ikat.


Jalan2 kuarkan peluh.


Dah penat jalan, mintak didukung la plak.



Adam masih setia membonceng skuternya


Friday, February 18, 2011

Entry tertunda - Kek birthday Adam

Inilah kek birthday Ben10 Adam. Sangat teruja budak tu tgk kek nie. excited betul nk bawak gi sekolah.
Cikgu dia kata, adam yg paling banyak makan kek ni. Budak nie mmg suka makan kek.

Face Painting At Karnival Wau Putrajaya.

emori semasa kat Karnival Wau Putrajaya sabtu lepas.
Walaupun tak tgk wau... tp adam dan Maisarah dapat main layang2.
layang2 Adam putus tali dan tersangkut atas pokok. (terror sgt main kot)
 
Maisarah buat face painting. Sangat suka. Adam Mustaqim tak mau buat. Tak sporting la Adam nie. Tapi ok sbb nak tunggu adiknya. Kira sporting jugak la. Kan..kan..kan..

Thursday, February 10, 2011

Haapy 5th birthday Adam Mustaqim

Hari nie birthday Adam. Dah besaq dah anak mama sorang nie. Semoga
menjadi anak yang soleh. Mama doakan semoga adam dipanjangkan umur,
murah rezeki dan berada dalam rahmat Allah sentiasa.


Love you my Lovely Son!

Wednesday, February 09, 2011

One more sleep

Another one more sleep for Adam's birthday.
His birthday cake is ready for pick-up.
So, we are going to pick-up the cake tonight and bring it to school tommorrow.
I'm pretty sure that Adam going to love the cake.
 

Tuesday, February 08, 2011

Jom Deco

 
Inilah hasil kerja semalam. Setup PC yg br direpair. PC nie dah agak berumur dah. Dah lebih 5 thn dah. Kasi upgrade dianyer RAM dan reformat semula. So, dah laju la sikit. kalu tak, macam kura2 dan selalu sangkut2. Monitor tu plak beli yang second hand ja. Ok la takde langsung.
 
PC matter done. now deco time. ha..ha.. teringat sticker yg beli kat Penang ari tu. Pilihan Maisarah iaitu Hello Kitty. Happy la Maisarah....
Erm... meja plak nampak plain dan comot. Kasi letak itu gambar sikit bagi lebih berseri.
Ok... DONE.
 
P/s : Hu..hu.. dah takde meja untuk menjahit sbb ari tu guna meja computer nie letak mesin jahit. Tunggu gaji la baru blh beli.
 
 

Monday, February 07, 2011

Busana Muslimah Maisarah

Maisarah menggayakan busana yang dijahit oleh maktok. Sepasang dgn tudung sekali. She loves it very much. Nnt mama nak try buat macam nie jugak la. Kena menuntut ilmu kagi dr maktok.


Sebelum balik KL. photo bersama pak Ngah Nabil, Paksu Imran & abang.


Friday, February 04, 2011

Pre-celebration - Adam's Birthday


Dua tiga minggu nie Adam asyik dok menanya pasal birthday dia aja. Adam pandai bab2 birthday nie sejak masuk sekolah coz every month ada jer birthday kawan2 kat sekolah.

Masa pi ronda2 kat Tesco Extra Seberang Jaya, lalu la depan kedai kek. Apa lagi, nagis nak kek la. Mujur la mma ada voucher diskaun 50%. Ingatkan nak beli yg 0.5 kg sja. tp tak boleh pulak. voucher tu valid untuk kek 1 kg.

Maka malam tu, jadilah sambutan Pra- Hari Lahir Adam. This time corum tak cukup sbb ramai cousin2 yang tak dak. Ain, Aishah dan Hafizah, pi ronda2 Aloq Staq. Irdina, Irfan dan Along pulak tak dak sbb, maksu kirah dah tak larat dah. yg ada... Pak Ngah Nabil, Maisarah, Aiman, Kak Wani, Abg Azrul, Mak Ngah Aida Mak Tok dan mama. Tok Cik Ana, Cik Daq dan Pak Su Aiman mai lambat sikit. Apa2pun, asalkan anak mama nie happy.

Beria2 dia nak ultraman tu. Adik lak nak Doraemon.

"I'm five years old"



Pandai ka potong?


p/s : Sedap depa makan kek.

Thursday, February 03, 2011

Ini basikal baru sapa?



Sapa punya basikal nie pun tak tau. Asalnya beli untul Alya Maisarah tapi akhirnya menjadi hak milik Adam Mustaqim.

Al-kisahnya, basikal laama Adam, mama dah bukak roda kecik tu. pas tu bawak pi kedai untuk pasang tongkat. Dah sampai umah, dok berebut ngan maisarah pulak. Ala.... kesiannya kat Masarah. Pakat2 ngan maktok, so, pi la kedai tu semula untuk beli basikal br utk Maisarah. Saja pilih yang besar sikit sbb yang kecik adam punya dah ada. Saja tak nak bagi yg besar dan br nie kat Adam sbb dia br ja belajar naik tanpa roda kecik. takut nanti habih calaq sbb terbalik. Biar la Maisarah layan basikal baru nie dulu. lagipun, still size Maisarah jugak. cuma besaq sikit ja. wah... Happy la Maisarah dpt basikal nie.

Bila naik, Maisarah tak larat nak kayuh basikal nie. Maybe berat kot. Adam plak dah boleh kayuh without small wheel. tak terbalik pun . and... nampak macama basikal lama tu a bit small plak untuk Adam. So, mama pun, buat kerja la pomen basikal tu. Acara bukak dan pasang small wheel. Maka, basikal baru tu jadi basikal Adam dan yang kecik tu jadi Maisarah punya. Mujur Maisarah ok ja. sbb basikal tu pun still nice and pink color. Some more bila she can cycle it. Selamat...




Petang tu, masing2 ajak pi playground naik basikal.

Masa pi playground, dua2 basikal nie sumbat dalam kete maktok. klu nak cycle sampai ke playground, alamat hari dah gelap la.



Pak Ngah Nabil pi playground naik basikal. time balik, mama konvo ngan Adam balik umah.

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers