Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Friday, February 04, 2011

Pre-celebration - Adam's Birthday


Dua tiga minggu nie Adam asyik dok menanya pasal birthday dia aja. Adam pandai bab2 birthday nie sejak masuk sekolah coz every month ada jer birthday kawan2 kat sekolah.

Masa pi ronda2 kat Tesco Extra Seberang Jaya, lalu la depan kedai kek. Apa lagi, nagis nak kek la. Mujur la mma ada voucher diskaun 50%. Ingatkan nak beli yg 0.5 kg sja. tp tak boleh pulak. voucher tu valid untuk kek 1 kg.

Maka malam tu, jadilah sambutan Pra- Hari Lahir Adam. This time corum tak cukup sbb ramai cousin2 yang tak dak. Ain, Aishah dan Hafizah, pi ronda2 Aloq Staq. Irdina, Irfan dan Along pulak tak dak sbb, maksu kirah dah tak larat dah. yg ada... Pak Ngah Nabil, Maisarah, Aiman, Kak Wani, Abg Azrul, Mak Ngah Aida Mak Tok dan mama. Tok Cik Ana, Cik Daq dan Pak Su Aiman mai lambat sikit. Apa2pun, asalkan anak mama nie happy.

Beria2 dia nak ultraman tu. Adik lak nak Doraemon.

"I'm five years old"



Pandai ka potong?


p/s : Sedap depa makan kek.

Sunday, November 28, 2010

yea...yea... saya sudah dapat



Hatiku sungguh girang sekali. kenapa? sebab aku dah dapat hadiah harijadiku dari ibunda tercinta. tak sabar rasanya nak mencuba. nak tengok? nie dia....



Still in the box



Now you see!!!

Ohho,

saya suka sangat. dah lama idamkan benda nie. Thanks mom. Love you so much. Pas nie leh la start projek jahit.

Nk kena refresh balik skill jahit yang dah agak berkarat dah. Dah lama dah tak jahit wooo.

Saturday, December 12, 2009

Happy birthday Maisarah




Happy birthday Alya Maisarah. Hari nie, genaplah umar anak mama yang ke 2 tahun. kejap jer dah besar dah anak mama nie. Mama doakan semoga Allah memberkati Maisarah dan berikan yang terbaik buat anak mama.

Mama dah aturkan birthday party buat Maisarah. kite buat kat umah maktok kat Penang. Yang sedihnyer sebab ayah tak dapat join sekali. Ayah tak dapat cuti. oleh itu ayah tak ikut balik Penang. Takpelah Maisarah. Walauapapun, ayah tetap dihati kite. sentiasa bersama kita. Doa ayah sentiasa untuk anak ayah nie.

Untuk birthday Maisarah nie, mama tempah cupcake dr aunty mimie. Aunty mimie ni pun join program diet yang mama sedang join sekarang nie. Kek yang mama tempah tu bertemakan princess & mickey. so... cute. credit to aunty mimie. Sedap lah cake tu.

Menu untuk birthday party tu, bihun/ mee sup, KFC & cake. wallah...

Jom layan pics birthday girl.....





Kek harijadi Maisarah
Pre-birthday party
Ready for party

The birthday girl


Birthday girl with beloved brother, Adam.



Pandai ke potong kek tu Maisarah?


Abang Adam nak tumpang posing sikit


With Abang Azrul. His birthday was yesterday. Happy birthday to Abang Azrul (Dua pupu Maisarah)


Ha.... wat per tu?


Dengan sepupu sepapat. Versi ninja Assassin.



Thursday, November 26, 2009

Pengakuan ikhlas ku


Sudah beberapa hari la aku tak update blog nie. Busy ngan Year End Program (YEP) department aku. Program nie dijlankan selama 3 hari. Macam biasa la kalu ada program/ training, makan sure best punya. Oleh kerana itu, aku dah terkantoi makan nasi pada hari selasa hari tu, bersamaan 24 November 2009. nasi apa yang aku makan? nasi beriyani. Tu pasal la aku tak tahan.

Kenapa aku makan nasi pada hari itu?
1. sebab ia nasi beriani. wah... sedap sungguh baunya.
2. kerana hari tu, kebetulan birthday aku. so, kira celebrate birthday jugak la.


Tp tak banyak pun aku makan, just setengah senduk (about 2-3 spoon).

Tak terhenti setakat itu ke aktiviti makan. Pada keesokkan hari, ada lak luncheon kat holiday villa. Ini rentetan YEP program la. biasa la kalu dah makan kat hotel tu, mesti la mewah ngan makanan. walaupun aku tak makan nasi, namun, banyak jugak la aku makan pada hari itu.
mula2 ratah lauk je. tapi, desert dia la yang aku bedal sakan. siap ngan puding la, & macam2 lagi. MAcam-MaCam AdA!!!

Ari nie je aku dah makan 3 keping roti gardenia (wholemeal) dgn telur hancur, dan sepotong kek choc indulgence dr secret recipe. Balance yang hubby aku beli masa birth day aku. dia tak beli sebijik, but 4 pieces. untuk aku & anak2. So far aku dah makan 2 potong, sepotong anak2 aku layan. Lagi sepotong, wait n see la.



So, 2-3 ari nie, asyik bedal kek jelah. I LIKE!!!

Jauh disudut hati, risau gak...

So, esok dah raya. apa akan terjadi. Lemang, sure aku bedal punye sebab tu favourite aku. Mujur aku raya kat slim river je (umah in-law) so, aku bedal lemang je. kalu aku balik raya kat penang jugak , sure layan ketupat pasal lak. Both pulut. nyum...nyum...

Yang aku risau raya nie, kalu aku balik slim, selalunya aku mmg kuat makan. sedap lauk sedap2. Adoi... mampukah aku bertahan.

huk..huk..

P/S : - kite tunggu update lepas raya. tengok perkembangannya.


Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers