Alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang sekai lagi untukku menyambut hari raya bersama insan2 tersayang. .. Mak, ayah, sayang, Nabil dan anak2 mama; Adam & Maisarah .
Tahun ni, giliran beraya kat Penang, kampung halamanku. Wah... girangnya tak terkata. Namun disebalik kegembiraan tu, familiku telah telah digemparkan dengan berita pemergian pakcikku (Mamu Rosli, abang sulung emakku) 2 hari sebelum hari raya akibat kanser hati. Al-Fatihah... disedekahkan kepada arwah pakcikku.
Antara persiapan hari raya yang tak dapat dilupakan ialah.... aktiviti menjahit baju raya anak-anakku pada malam raya. Gusar rasa hatiku pada malam rayamengenangkan baju raya anak-anakku belum siap, sedangkan bajuku, suamiku, maktok, tokwan & pakngah Nabil semuanya tersedia. Macam mana ni? Nak ku gunting sendiri kain tu, tak pandai pula. Kena mengharapkan mak untuk gunting. aku pandai jahit ja. (Gunting, belum lulus da...) Sedangkan mak tidur keletihan (penat dgn urusan jenazah). Tapi akhirnya, mak terjaga dari tidur lebih kurang jam 2 pagi. Maka, bermulalah aktiviti mengunting dan menjahit. Alhamdulillah, akhirnya siap baju raya anak-anakku. Memang betul la baju raya sbb siap betul2 di pagi raya.
Terima kasih mak sebab bersengkang mata siapkan baju Adam & Maisarah.
Terima kasih ayah sebab carikan kelapa untuk masak rendang. (tadi siang lupa nak beli da... dah masak baru teringat, kedai dah tutup, mujur dok kampung, boleh masuk kebun cr nyioq)
Terima kasih sayang kerana tolong masakkan rendang ayam. (Sorry, ayang tak pandai masak rendang).
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
No comments:
Post a Comment