Saturday, October 31, 2009

Usaha Tangga Kejayaan.

Usaha tangga kejayaan. Wah... semangat gitu! memang payah untuk kita mencapai sesuatu yang kita hajatkan. banyak cabaran dan dugaan harus di tempuhi. namun kita harus tabah, cekal dah terus berusaha. (lain macam je bunyinya) Inilah kata2 semangat untuk diri mama.

Memang payah untukku teruskan diet aku kerana makanan memang kegemaranku. Senang cerita 'kuat makan la'. Asyik nak mengunyah jer. Argh.... macam mana nie? bolehkah aku mencapai 'target'ku? Oleh kerana itulah, aku nekadkan diri menyahut cabaran 99 HTN. Pada awalnya, aku rasa sangsi. Selamatkah berdiet tanpa nasi? Apa kesannya bila kita mengambil semula nasi setelah cabaran tu habih? takut lak, nanti aku balas dendam lepas ni, makan semua benda. Ini membuat aku gusar... tak keruan. Ish... apalah macam nie, Insya-Allah, boleh punya. Bukannya aku tak makan langsung, cuma aku perlu gantikan nasi dgn sumber tenaga yang lain.

Bila sarah bagitau aku yang dia pun nak join jugak cabaran nie, aku rasa semangat sikit. ada kawan kat opis. Kepada sarah... Jom dik, kita boleh! Kepada rakan2 yang lain... Ayuh kita mulakan. Usaha Tangga Kejayaan.


No comments:

Post a Comment

Welcome

..