Saturday, February 27, 2010

Tangan bengkak


Entry nie nak tulis pasal tangan maisarah. aku pun tak tau tangan dia kena apa. tengok2 dah bengkak. rasa-rasanya, kena gigit ngan something sbb ada nampak kesan gigit tu. aku perasan yang tangan dia bengkak tu pun tengahari semalam. Rumah aku memang banyak semut, tp kalu kene gigit takla bengkak dia besaq sampai jadi macam tu. So, apa ek?Di sebabkan kitorang outing, tak le gi klinik ambik ubat. Lagipun, maisarah pun tak nangis.




Seriau tengok bengkak tu. Malam semalam dia nangis2 (mengamuk). Tak dapat dipastikan kenapa? adakah tangan tu sakit? tapi... bila nak pegang botol susu okey je. atau, dia letih sangat sebab tak cukup tidur kerana seharian berfoya2. Apa2 pun mmg aku seriau la tgk tgn dia yang bengkak tu. Wah... memang sakan la dia mengamuk. mati kutu jugak aku masa tu. dah tak tau nak wat apa dah. bagi susu, tak nak, tepuk tak nak, nak dukung pun tak nak, pas kat hubby pun dia tak nak jugak. sapa pun pujuk, memang tak makan saman lah. Last2 biaq ja dia. Tapi... tak sampai hati lak sebab mmg dia nangis habih meter la. biaq dia cool sat, pas tu pujuk dia semula. bagi susu, dok sat tu dia okay dan terus lena. Alhamdulillah....
Reason dia memang tak dapat dikesan tapi aku jangkakan sebab aku terlambat buat susu + mungkin rasa berdenyut kot kat tangan yan sakit tu.

Pagi nie, bila aku bangun, aku tgk tangan dia tak okey jugak dan dia dok garu ja. Walaupun dia tak nagis, better bawak gi klinik la, kesian aku tengok. kalau dia sakit pun, bukannya dia tau nak cakap. so, doc bagi ubat tahan sakit, anti biotik, ubat bengkat dan ubat sapu.

1 comment:

Welcome

..