Tuesday, March 09, 2010

Apa ada dalam solat?


Untuk meningkatkan kualiti solat kita, kita perlu mengetahui apa yang ada pada solat. Bak kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Begitu juga solat, jika kita tidak mengenali apa itu solat, maka kita tidak akan mencintai solat. Di dalam solat ada 5 perkara yang penting.

1. Di dalam solat ada memohon hidayah Hidayah maknanya petunjuk.

Di dalam solat, Allah letakkan permintaan hidayah di dalam surah al-Fatihah ayat ke 6. Petunjuk Allah pada jalan lurus ini bukan sahaja di dalam bidang keagamaan, tetapi seluruh jalan hidup kita. Kita selalu berhadapan dengan persimpangan yang memerlukan kita memilih. Kandang-kala, kita sendiri tidak tahu mana yang terbaik untuk keputusan di dalam hidup kita ini. Jadi, dengan mendirikan solat, kita selalu memohon agar Allah berikan kita panduan terbaik untuk kita membuat apa-apa keputusan di dalam hdup ini.

2. Di dalam solat terdapat rangkaian doa.

Allah letakkan lapan rangkaian doa di dalam duduk di antara dua sujud. Lapan doa itu ialah Rabbighfirli, Warhamni, Wajburni, Warfa¿ni, Warzuqni, Wahdini, Waafini, Wa¿fuanni Ya Allah, ampunakan aku, kasihanilah aku, cukupkan aku, angkatlah (darjat) aku, rezkikan aku, hidayahkan aku, sihatkan aku dan maafkanlah aku. Jadi, semakin banyak kita bersolat semakin banyak kita berdoa pada Allah untuk kebaikan diri kita.

3. Dalam solat ada ucapan syahadah.

Ucapan syahadah ialah ucapan ikrar bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhamad itu pesuruh Allah. Dengan bersolat bermakna, tiap hari kita akan memperbaharui ikrar kita ini. Sebab itu di dalam hadis, Nabi menyatakan bahawa:- Sesungguhnya, pembeza seseorang dengan syirik dan kufur adalah meninggalkan sembahyang (HR Muslim) Orang yang mendirikan solat sentiasa memperbahrui ikrar syahadahnya.

4. Di dalam solat ada ucapan selawat pada Nabi.

Kita semua maklum bahawa ucapan selawat adalah satu amalan yang Allah dan para Malikat juga bersama-sama melakukannya. Di suruh kita juga selalu berselawat pada Nabi hingga di dalam hadis Nabi menyatakan bahawa:-
  • Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali
  • Jika Allah sendiri telah mengucapkan selawat dan salam kepada kita, maka sudah tentu kita akan terlindung dari semua marabahya dan perkara yang tdiak baik.

5. Di dalam solat ada ingatan kepada Allah.

Memang itu pun tujuan solat. Di dalam al-Quran Allah menyatakan bahawa:- Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku (surah Taha ayat 14). Jika kita lihat bacaan dan gerakkan sembahyang, kebanyakkannya menyatakan ingatan pada Allah. Ucapan takbir, bacaan fatihah, dan sebagainya. Jika kita sering ingat Allah, maka janji Allah seperti di dalam al-Quran:- (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (surah al-Ra¿du ayat 28) Kesimpulannhya, jika kita mengetahui apa ada pada solat ini, sudah tentu akan lahir rasa ghairah untuk melaksanakan ibadah ini. Kita tidak akan menjadikannya sebagai program sampingan ketika sibuk membeli belah, maka kita lambatkan ia, ketika sibuk melihat TV, kita lambatkan dan sebagainya. Semoga dengan mengetahui apa ada pada solat, akan menyebabkan kita rasa lebih seronok untuk bersolat, semoga Allah rezkikan pada kita menjadi hambanya yang sentiasa mengingatinya.

No comments:

Post a Comment

Welcome

..