Friday, December 17, 2010

Dress lagi

Maisarah,

Cheq nak tau dak? Semalam, masa mama kuar lunch, lalu depan kedai kain ISETAN kat kotaraya tu. nampak kain nie, cantik. so, mama terus beli la nak wat dress kat anak dara mama yang sorang ni. Tak sabarnya nak balik, nak potong kain tu.

Sampai jer umah, cepat2 mama masak, makan mendobi dan kemaskan umah serba sikit. Kalu umah dah bersih baru la ayah tak bising kalu nak wat keja lain. Bila dah clear tue, mama pun kuarkan la pekakas jahit mama dan start la melakar dasar dress untuk my little princess. Cik adik nie pun satu hal, ngacau mama. mama nak lukis, dia pun nak lukis jugak. penat mulut nak bercakap. mama tutup kipas sbb nak gunting kain, dia bukak kipas sebab panas. Alahai adik.... nak bukak kipas duduk la kat hall tu, kat sini mama nak gunting kain. Erm..... tak nak. so, kena la alihkan kipas tu sikit. Masa awak leka main, mama tutup la kipas tu. laa...laa...la...

Masa untuk menggunting..... puas ler memikir cam ner nak gunting. Akhirnya.... selesai menggunting. Tak sabar nak jahit dah. nak tengok hasilnya, menjadi ka dak. lantak la, jahit tepi tu kemudian. he..he.. he.. Inilah mama, tak dan dan (tak nyempat2) kalu nak buat sesuatu.

zup...zap...zup...zap...maka siap lah dress untuk puteri mama. Yahoo... cuma... apa accessories yang mama perlu tambah yer untuk menceriakan lagi dress ni?

P/s : Mohon minta pandangan kengkawan.

3 comments:

  1. rasanya tak perlu tambah apa2, kalau ada pun cuma riben merah di pinggang,ikat di belakang. sbbnya warna nya dah ceria, dah bunga2 dah. dah cantik tu.

    pandainya k liza menjahit.. :)

    ReplyDelete
  2. buat kat pinggang tu ala-ala tali pinggang...nak kelainan buat style ikat kat depan...

    ReplyDelete
  3. renda atau lace putih kt pinggang pun cun.. pastu wat satu rose besar pakai kain putih gak kt dada sblh kiri or kanan.. br naik kot..pendapat sy la hahaha...tp klu tk tmbah pun dh cun lorrr...

    ReplyDelete

Welcome

..