Semalam, hari jadi mr hubby, mmg plan nak ajak pi jalan2 kat Alamanda Putrajaya. Kebetulan pulak ada hot balloon fiesta, boleh la ajak pi jengah sekali. Thank you to mr hubby sebab sudi bawa.
Sampai kat putrajaya lebih kurang kul 1 ptg, so, aku ajak hubby gi lepak kat Alamanda dulu. Lepas penat jalan2 kitorang layan JM beriani... Alhamdulillah... dah kenyang.
maka mulalah perjalanan ke persint 2, ke tapak pesta tu. baru je satu belok, keluar dari alamanda tu, Tiba- tiba ........
Burrr....o..ooo.... Maisarah muntah.
Nape Maisarah leh muntah pulak? Anak2 aku nie, jarang muntah. Even kalu demam pun, tak muntah. nie serius nie? Dia dah nangis....
Terus jer stop kete tepi tu jugak. mujur la ada bawa baju salin. Seperti biasa, 'wet tissue' mmg selalu aku bawa. so, aku pun lap dan cuci la apa yang patut. Macam mn nie? nak pegi tak tgk ballon tu. Rugi la kalu tak pi tengok. Lagipun, kesian la kat Adam sebab dari malam semalam lagi asyik dok sebut nak gi tengok balloon tu. Tapi maisarah macam mn? Nak kata demam, tak demam pun. Maybe dia tersedak masa nak minum susu tadi kot. tu yang sampai termuntah tu.
hmmmm... up to you la mr hubby.
Akhirnya... kami sampai jugak ke tempat yang hendak di tuju. mujurlah, maisarah dah okay. Wah... panas betul.
Masa kitorang sampai, tgh ada pertunjukan "helicopter control". pas tu ada pertunjukan para moto. But, pertunjukan para moto nie, ala kadar jer sbb cuaca tak berapa baik. hari macam nak hujan jer.
lepas show paramoto nie, baru la ada hot balloon. Itupun bergantung pada keadaan cuaca. kalu tengokkan keadaan awan, agak gelap. tapi dah semakin berarak pergi. mudah-mudahan, angin akan bawa awan gelap tu ke tempat lain.
Mungkin, dah rezeki Adam dan Maisarah... akhirnya, dapat jugak la tgk balloon besar tu.
Apa nie?
Alaaa..jelesnya.Ana & famili p hari Jumaat 19 tu..so takder lg belon tuh.Yang ada yang mcm helikopter yang ader org naik tu..panggil apa ntah.Kami p dlm pkul 3 ptg on d way balik dr baby fair kat mid valley..huhu cian gak kat anak2 sbb x dpt tunjuk..cuaca pun x brapa nak mengizinkan
ReplyDeletebestnya tgk belon...ble la kte nak bergembira ada family camni ek..hehe...
ReplyDelete