Friday, April 02, 2010

Good-bye Colombo

Hari nie aku cuti. Penat tak abih lagi dan nak kena kemas umah. Aku baru je balik dari Colombo, Sri Lanka semalam. Kalau tak kerana kerja, mungkin aku tak sampai ke sana. Walaupun untuk jangkamasa dua hari, aku rasa cukup bangga dan sayu kerana aku dah sampai sana. Kenapa? kalau diikutkan salasilah keluarga sebelah mak aku, moyang aku berasal dari sana. Mak aku cerita, masa dulu tu kan ada perang saudara kat sana, so, moyang aku dan abang dia lari la bawa diri. Akhirnya, sampai la kat Malaysia nie. Al-Fatihah buat moyang aku dan tok wan aku. Moga roh kalian dikalangan orang2 beriman.

Flight aku dari KL kul 8 malam. lebih kurang pukul 4 pagi aku sampai sana. Waktu sana lebih kurang pukul 1. Penat giler... mana taknya, 8 jam dalam flight. Kalau kat umah, dah nyenyak tido. I've been informed that it's 3.5 hours journey. but, dia dah salah kira la. So, mentally prepared 3 jam je lah.

Sampai je hotel, terus tido. Ngantuk. Biasa la, tak nyenyak sangat. Bangun pagi, selak jer langsir, wah... cantiknya pandangan mata. Baruku tahu, hotel tu dekat ngan laut. Mujur dapat sea view. Dapat menjamu mata pada Lautan Hindi yang luas terbentang.







Masa 2 hari terlalu singkat, mana dgn jet lag nya, kerjanya, penat. Tak sempat nak jalan2 (dalam erti kata lain, shopping). maklumla orang cakap baju kat sana murah2. Nak jugak tengok2.

Cepat2 la habiskan kerja 2nd day tu, kalau habis awal, leh la nak pusing2. Alhamdulillah, everything as scheduled, yippie, leh gi jalan walaupun 3-4 jam. It's shopping time. Macam la duit banyak, aku bawa RM160 (lebih kurang 5000 rupee) je gi sana. takde plan nak shopping pun sbb tau tak cukup masa. tapi memandangkan, lunch ngan dinner, diorang belanja, adalah duit lebih untuk shopping. Aku siap mention kat kawan aku lagi tu yang suruh je dia habiskan duit aku sbb aku takde masa nak jalan2. Dia okay la, sbb dia extend stay kat sana, lagipun hubby dia ikut.

so, RM160 apa yang aku dapat?





Dress nie harga dia lbh kurang RM20 dan t-shirt tu dalam RM10. bestnyer kan.

2 comments:

  1. Bestnyer sampai gak sri lanka...dress cantik2...murah lak tu..

    ReplyDelete

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers