Bersenam di bawah sinaran matahari berbanding dalam gimnasium mampu membantu mengurangkan selera makan, menurut kajian terbaru di sini.
Kajian terhadap 11 lelaki aktif mendapati peserta akan kurang makan sebaik saja selepas melakukan aktiviti dalam keadaan panas 36 darjah Celsius berbanding ketika berada dalam persekitaran suhu 25 darjah Celsius.
Secara purata, lelaki makan lebih 300 kalori apabila mereka bekerja dalam keadaan suhu sederhana berbanding ketika melakukan senaman dalam keadaan panas.
“Penemuan kami mendapati bahawa jika anda bersenam dalam keadaan persekitaran panas, anda akan kurang makan,” kata penyelidik Dr Kym Guelfi dari Sekolah Sains Sukan Universiti Western, Australia. - Reuters

dipetik dari : anizyn.blogspot
My comment :
Daripada pengalaman aku dulu, semasa aku masih aktif gi fitness dulu, - kalu hari yang aku gi workout kat fitness, sure malam tu aku kurang makan. rasa cam kenyang je. kalu makan pun, ringan2 je lah seperti oat, biskut & seangkatan dengannya. BUT.... kalau aku tak gi fitness... wah... nafsu makan aku bukan main lagik. rasa nak makan je, especially nasi.
Lagi satulah... aku rasa, kenapa aku kurang makan kalau aku gi fitness tu sebab aku dah bersusah payah nak bakar kalori yang aku dah ambik, takkan lah aku nak tambah balik lepas tu. No gain, no loss la.
Renung- renungkan!!!
setuju dgn komen akak...ble kte bersusah payah nk bakar kalori, kte akan terfikir...segala hsl titik peluh utk dpt kan target yg kte nak.
ReplyDeleteBanggalah dgn akak ..akak dah berjalan 50minit semalam...mia pun bertahan 20minit je kak..