Tuesday, December 01, 2009

Rindunyer kat anak-anak mama...


Dah 3 hari dah mama tak peluk anak2 mama. rindu sangat pada Adam & Adik. especially bila mama kat umah la. sunyi sangat. dah la ayah balik lewat. kul 10pm baru sampai umah.

Tengahari tadi mama dah tipon Adam. Mama tanya, "syok dak adam dok kat umah maktok" Adam kata, "syok!". Pas tu mama tanya lagi, "nanti mama ambik balik umah mama yer". Adam kata, "tak nak, adam nak dok umah maktok". Hu..hu... sedihnyer mama rasa. Napa anak mama tak nak balik. tak rindu ke pada mama. Mama rindu sangat pada anak mama. Mama pesan kat anak mama, "dok baik2 na... jangan gaduh dengan adik tau. Adam kata, "tak gaduh, dok baik-baik".

Mama pun rindu kat maisarah, tapi maisarah tak berapa pandai nak cakap kat handphone. diam je. Lagipun, time mama call tadi, maisarah tido.

maktok kata, dua2 orang anak mama ni okay je kat kampung. tido malam pun okay. tak nangis. adalah terjaga sekali, buat susu, terus tido balik. Semalam adam tido, tak jaga malam. adik pulak terjaga sekali jer. hairan gak mama. selalunyer, yang jaga malam ialah adam. bukan sekali, kadang-kadang 2-3 kali nak susu.

Tak sabar nak tungu hari Jumaat. Akan ku terbang ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan anak-anakku.

Tak sure lagi nak balik naik apa. for sure tak drive ler sebab mama balik sorang. Kalu naik flight, malas lak nak standby kat airport. Kalu nak naik bas, bosan gak sorang2 selama lebih kurang 4 jam tuh. Nanti lah, mama fikir. yang penting mama dah tak sabar nak jumpa anak2 mama.

kekadang tu, terfikir gak nak biar anak2 mama kat kampung lagi seminggu. biar anak2 mama enjoy puas2. maklumlah, kawasan umah maktok luas. boleh mainsakan. tak macam kat umah kite, flat jer. terpaksa dok dalam umah jer. Dan boleh la maktok & tokwan main puas2 ngan cucu-cucunya. TAPI... mama rindu kat anak2 mama.

Jom layan pic Adam & Maisarah...












21 comments:

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers