Wednesday, November 04, 2009

hu..hu.. sadisnyer!!!

Salam,

Ketika aku update post nie, hati aku sgt sedih...

Ikan bakarku dilarikan kucing... huwaaaaa!!!!

yang tinggal hanya air asam je.



Aku beli ikan bakar tu tghari tadi. Ingatkan nak simpan untuk di makan petang nantilah bersama sayur goreng yang akan ku goreng nanti. Aku pun sambung la buat assignment aku yg belum siap tu. sedang asyik aku menaip, aku terdengar bunyi bising kat dapur... terkejut jugak aku. Tapi, yang paling aku terkejut bila tengok kucing tu dah bersedia untuk bawa ikan bakarku itu keluar (ikan tu masih dalam pastik). Aku pun apa lagi, kejarla..... tetap dia tak lepas pastik tu. yang tercicir dr pastik tu hanyalah air asam pencicah ikan bakar.

Huk..huk... sadisnyer............. (apapun, dah rezeki kucing tu. kira sedekah la).

Kene pikir menu lain lak untuk dinner.


1 comment:

  1. hi hi hi...
    aida pernah ada satu pengalaman lucu. masa tu MIL dtg umah. beli la ikan kurau kat pasar melaka. konon nak bawa ke KL. ada ke gi jemur ikan tu kat atas motor hubby kat garaj. atas dulang. da heboh berborak sekeluarga, terlupa. time nak balik tgk 3 keping ikan kurau da hilang!!!!!!
    hua hua hua...

    ReplyDelete

Welcome

..