Thursday, April 15, 2010

Nak balik kampung...nak balik kampung

Salam

Lama tak update blog. dah seminggu dah rasanya. lately busy sikit.
entry nie nak luahkan perasaan sikit. dah lama leeja tak balik penang (my kampung la). last balik bulan dec ari tu. tak pernah lagi la lama mcm nie. dari sebulan ke sebulan plan nak balik kg nie terpaksa postpone. plannyer, mid-march, tak jd gak. then mid-april, tak leh gak sbb hubby tak leh cuti. di bawak ler ker 23 April. Selalu nya kalu blk penang, kitorang akan balik mlm jumaat. so, dapat la 3 hari kat kg. Ahad ptg bertolak balik. But, nampak gayanya, macam tak dapat balik 3 hari. sebab ari jumaat tu ada program kat ofis. Leeja tak leh cuti. so, plan nak ambik cuti sampai selasa. so, still dapat la 3-4 hari kat kg. tapi... Adam lak ada mid-term exam (takkan la nak ponteng masa exam). hu.. hu.. hu.. Kalau nak postpone to the following week pun tak leh sebab nak gi Melaka plak coz ada wedding. pas tu, ujung bulan nak gi meminang adik ipar lak kat Nogori. Busy...busy. nak tak nak, kena balik jugak la. kalau tak, kesian la mak ayah kat kampung yang dah lama tak jumpa/ main ngan cucu-cucu. Yang tak syoknya, kejap sangat balik. tak puas la. hopefully, berjaya la pujuk hubby bertolak balik hari jumaat malam. please la jgn balik ari sabtu pagi, memang tak berbaloi. Nak balik penang tau, bukan slim river. Kalau slim river okay la balik ari sabtu pagi sebab sejam jer leh sampai umah. nie ha, 4 -5 jam baru sampai. kalau reti nak bertolak pagi2 buta okay la. Walaubagaimana pun, akan ku usaha untuk balik malam tu jugak. he..he..he..

SEMOGA MISI BERJAYA!

2 comments:

  1. balik la jenguk kg. sawah padi dah rindu kat k liza nuuu! hehehe

    ReplyDelete
  2. Ana pon nak balik kg jgk..rinduuuu..huhu..

    ReplyDelete

Welcome

..