Welcome

..

Monday, October 26, 2009

Do'a untuk temuduga

Oleh kerana aku akan hadiri temuduga pada hari rabu nie, aku sibuk la mencari tips2 yang boleh digunakan untuk menghadiri temuduga tersebut. Maklumlah, dah 3 tahun tak hadiri temuduga. Especially, temuduga di tempat kerja sendiri untuk kenaikan pangkat. Debarannya lain sikit.

Pertama,
Doa untuk temuduga ini diperolehi dari Dr Hj Fadzilah Kamsah menerusi rancangan 'Bersama Dato'' di siaran Astro Oasis 106.

Sebelum masuk bilik temuduga, baca:

1) Fatihah
2) Ayat Kursi
3) Ayat 1000 Dinar
4) Zikir 'Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir'

Quote from, http://tazkirahs.blogspot.com

Kedua

Jika hendak pergi temuduga/berjumpa dengan seseorang dengan tujuan penting. Pada pagi yang berkenaan, buat solat subuh/dhuha/sunatdua rakaat,rakaat yang pertama selepas alfatihah baca surat Al Israa' ayat 78-80 (Aqimissholah tawalidu khisshamshi ilaghosakillailinal qurana.....hingga minladun kasulthonan nasyira). Bagi rakaat kedua selepas alfatihah baca Izaja anasrullah hiwalfaj hingga habis. Sesudah salam baca ayat Al Kursy dan Al Quraisy,sesudah itu baca doa ini...

Wahai Tuhanku,
saya memohon pertolongan dengan Mu dan saya menyerah diri kepada Mu. Wahai Tuhanku, mudahkanlah untukku kesukaran pekerjaanku dan mudahkanlah untukku kesukaran perjalananku dan rezekikanlah daku kebajikan lebih banyak dari yang saya minta dan palingkanlah daripadaku segala kejahatan.

Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah urusanku. Wahai Tuhanku, bahwasanya saya memohon pemeliharaan Mu dan mempertaruhkan kepada Mu diriku, agamaku, ahliku dan kerabat-kerabatku dan segala nikmat yang telah * saudari/saudara * berikan kepadaku dan kepada mereka, baik mengenai akhirat mau pun mengenai dunia, peliharakanlah kami semua dari segala kejahatan, wahai Tuhan yang mulia.

Saya akui kesucian Mu wahai Tuhanku..Amin..

Quote from, http://dasoufieyz.blogspot.com

1 comment: