Monday, January 04, 2010

Adam is going to school



Hari nie, Adam akan memulakan sesi persekolahan di Tadika Ilham Bistari.
Wah... tak sabar rasanyer. bukan saja Adam, mama pun turut excited. Kul 7.15 pagi, mama kejutkan Adam bangun dari tidur. Liat je nak bangun. Mama cakap la, nak gi sekolah, wah... cepat lak dia bangun. Tp tak nak gi mandi pulak. sibuk nak tengok beg la dan macam2 lagi.

Cepat2 dah pukul 7.45 pagi. cepat pergi mandi. Nanti lewat pulak. Sejuknyer air....
Dah selesai mandi, mama pakaikan Adam baju sekolah. hensem anak mama. adam pun suke la.


Besaq sikit baju tu. susah nak cari saiz adam nie.

Jom mama, Adam dah ready.

This is my bag, Ben 10.
Besar beg tu kan. Saja ja beli besar sikit. Boleh masuk semua benda. Keperluan pagi dan petang. Pagi, tadika. Petang , mengaji dan taska.




Buat anak mama, jadilah anak yang soleh.

No comments:

Post a Comment

Welcome

..