Tuesday, January 05, 2010

Lagi- lagi cerita Adam.


Ari nie, hari kedua Adam ke sekolah. Jom tengok bagaimana persiapan Adam ari nie.


Minum susu dulu sebelum ke sekolah.
Puas jugak la nak memujuk Adam minum susu. Maybe excited sangat nak ke sekolah, hinggakan dah tak nak minum susu. Tapi, Adam kene minum jugak sebab nanti perut kosong, macam mana nak belajar. Itu jelah breakfast untuk Adam, yang lain2 dia tak nak dah.


Dah selesai minum susu. tapi tak habis pun. Adam nie, kalu malu, memang la dier suka nganga.
Tutup mulut tu cikit. tak hensem la Adam.


mmmm... Adam dah tutup mulut.
Ari nie, pakai baju sukan sebab ada subjek senaman. so, no need to wear school uniform.

Ni pulak pandangan sisi.

opsss... superimpose from Alya Maisarah. Mana aci, asyik cerita Abang je, adik pun nak jugak.





Sebelum, mengakhiri entry nie, mama nak story la sikit perihal adam kat sekolah hari pertama semalam. Masa mama hantar adam, adam nangis tak nak masuk kelas tu kuat sangat. Adam sorang je nangis tau. ish..ish..ish...

Kul 5.30 ptg, mama ambik adam dari sekolah.

oh, nape lewat?

Sebab, adam bukan sahaja bersekolah kat situ, malah join jugak taska kat situ sampai petang (sampai mama balik keje la). Mama ambik pakej ngan mengaji Iqra' sekali. Dengan harapan Adam dapat menguasai ilmu al-Quran pada peringkat awal lagi seiring dengan ilmu sekular.

Masa mama ambik adam tu, mama tengok okay ja Adam main. happy ja. siap daring2 kat kerusi la, golek-golek la. Cuma cikgu adam kata masa awal2 tadi tu, Adam asyik ikut cikgu ja. tak nak duduk ngan kawan2. but, lama2 tu okay la.

"Macam tu lah anak mama. kene dengar cakap cikgu. baru jadi pandai".

Pas ambik adam, mama bawa gi carrefour. nak cari serba sikit barang adam. Mama pun kira first-timer jugak. tak tau nak bawak apa untuk adam ke taska tu. mama just bawa baju salin dan tuala ja. susu pun mama tak bawa, sebab ayah kata kat sana ada makan. so, tak yah la bawak susu. hati mama berkata, "makan tu, makan jugak. tapi takkan la adam tak minum susu satu hari. sian la anak mama."

Mama pun tanya la cikgu adam samada nak kena bawak susu ke tidak? cikgu kata, ikut suka la. kalau bawa, cikgu akan prepare untuk adam. Okaylah kalu macam tu, esok mama bawak susu. kalu adam nak minum susu boleh minta kat cikgu.

Apa yang mama cari kat carrefour? Erm... mama cari mandian adam, bedak, berus gigi serta ubat gigi. semua tu nak kena bawa ke taska.

Buku Iqra pun kene beli jugak. buku iqra yang mama bagi kat adam tu, tak sama ngan buku yang cikgu guna. so, jalan2 kat carre four tu, jumpa gak Iqra' Adam. Alhamdulillah.

Berikut adalah antara perbualan mama dgn adam :-

mama : adam wat apa kat school tadi?
adam : adam nangis
mama : nape adam nangis?
adam : adam nangis la.
mama : esok adam nak gi school tak?
adam : nak gi school. adam nangis... (asyik mentioned yang dier nangis jer)
mama : adam nak nagis lagi tak esok?
adam : adam nak gi school, adam tak nangis...
(Adam nagis jugak pagi tadi.. but slow je. macam nangis2 manje gitu)

...
...
...

mama : adam wat apa kat school? (mama tak puas hati, nak tau jugak adam wat pe kat sekolah)
adam : tak ah... tak ape. ( maksudnya, tak wat ape2). mmg sah la budak nie tak reti nak cerita apa yang dier wat kat sekolah.
mama tanya lagi... adam akan apa kat school?
adam : makan mee. (ok, baru ada jawapan yang betul bagi pertanyaan aku)
mama : minum apa? minum susu?
adam : adam minum milo.
mama : adam makan apa lagi? makan nasi tak?
adam : adam makan nasiiikk...
mama : lauk apa?
adam : ... (diam)
mama : adam makan nasik ngan ayam ka?
adam : tak ah.. adam makan nasi ngan fish...
mama : makan sayur tak?
adam : sayur takde... (mama konfius, takkan takde sayur? tak mungkin)
mama : adam makan sup tak? (mama kipoci sikit, nak tau apa yang adam makan kat sekolah)
adam : adam makan nasi ngan fish... ( dah,... itu jugak jawapan dia. aku tanya lagi. tapi dah malas nak jawab)
..
..
mama : adam tido tak tadi kat school?
adam : adam tak tido.....
mama: hah, adam tak tido ke?
adam : adam tido... adam tido kat atas.

ooo... tido rupanyer. kene tanya dua tiga kali baru dapat jawapan yang sebenarnyer. sekolah adam nie, double-storey. pagi, kelas dia yang kat bawah. maybe dier tido in tengahari tu kot. in between after pre-school and before mengaji.

nampak sangat mamanyer yang eager nak tau apa yang anak dia wat kat sekolah tu. maklumlah... anak sulung yang ke sekolah.



3 comments:

  1. Haha..ko liza. tanya cam wartawan. Tp mgkn ana pun camni jgk kot..sebentar lg. Tak sabar nk jumpa anak2 dara tuh.Eh,dia dh x pakai pampers ke?Thn ni dia umo 4 ke 5 thn?

    ReplyDelete
  2. Ana, dia dah tak pakai pampers. dari umur 3 tahun lagi. 10 Feb nie, genap empat tahun. Nak jimat duit, cepat2 la toilet train. hu..hu..

    ReplyDelete
  3. hehe..kelakar baca cite ragam anak ni...sbg guru,mmg kena bersabar banyak ms hari pertama persekolahan anak2 yg br masuk ni....tambah klu ada yg menangis..mmg kena ada gaya memujuk gak...

    ReplyDelete

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers