Wednesday, April 28, 2010

Menghitung hari

Hari nie, aku hantar resignation letter ke meja boss aku. Amat payah untuk aku buat keputusan. Dua offer datang serentak. kat tempat kerja aku sekarang, aku dapat promotion. yang lagi satu offer, from from external. the benefit is better. Dah puas dah aku pikir-pikirkan, so, keputusan telah ku buat. Notis telah kuhantar. lepas nie, menghitung hari ajelah untuk join tempat kerja baru. Sudah sampai masanya untuk aku menimba pengalaman baru. Semoga Allah permudahkan urusanku dan berikan aku yang terbaik.


Friday, April 16, 2010

Doa untukmu...


Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya daripada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu .....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjal
anan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah

Mengenali seseorang itu kadangkala membuatkan kita ketawa. Mengenali seseorang itu juga kadangkala membuatkan kita mengalir airmata. Sesungguhnya, mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa... marah, sedih, gembira, sayang dan rindu. Tapi sedarkah kita? Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH... Biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara... Bersyukurlah dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...


Cara-cara nak cover malu...

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan trus berguling-guling
hingga jauh dari perhatian ramai.... lepas tu baru
bgn bila takder org nampak....

2. Kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda
semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya org ingat anda saje2 buat lawak.....

3. Kalo terjatuh tangga: Trus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dgn makhluk
halus...

4. Kalo terjatuh dlm longkang: Pungutlah sampah
yg ada sambil marah2 dgn suara yg kuat, pasti org
menyangka anda seorg yang amat prihatin
terhadap kebersihan.

5. Kalo jatuh ketika nk naik bas: Jeritlah
kuat2... "oii! Apa tolak2 ni?". walaupun tiada org di
blakang anda.

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: Terus buat2
pengsan sehingga ada org membantu anda... kalo
takde.. baring trus sampai mlm dan takder org kat
bus stop tu.. haaa.. nilah masa yg sesuai utk
bangun semula.

7. Kalo jatuh tergelincir kt lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kt sebelah anda)
utk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang jer yang dpt malu... ye tak?.

Thursday, April 15, 2010

Nak balik kampung...nak balik kampung

Salam

Lama tak update blog. dah seminggu dah rasanya. lately busy sikit.
entry nie nak luahkan perasaan sikit. dah lama leeja tak balik penang (my kampung la). last balik bulan dec ari tu. tak pernah lagi la lama mcm nie. dari sebulan ke sebulan plan nak balik kg nie terpaksa postpone. plannyer, mid-march, tak jd gak. then mid-april, tak leh gak sbb hubby tak leh cuti. di bawak ler ker 23 April. Selalu nya kalu blk penang, kitorang akan balik mlm jumaat. so, dapat la 3 hari kat kg. Ahad ptg bertolak balik. But, nampak gayanya, macam tak dapat balik 3 hari. sebab ari jumaat tu ada program kat ofis. Leeja tak leh cuti. so, plan nak ambik cuti sampai selasa. so, still dapat la 3-4 hari kat kg. tapi... Adam lak ada mid-term exam (takkan la nak ponteng masa exam). hu.. hu.. hu.. Kalau nak postpone to the following week pun tak leh sebab nak gi Melaka plak coz ada wedding. pas tu, ujung bulan nak gi meminang adik ipar lak kat Nogori. Busy...busy. nak tak nak, kena balik jugak la. kalau tak, kesian la mak ayah kat kampung yang dah lama tak jumpa/ main ngan cucu-cucu. Yang tak syoknya, kejap sangat balik. tak puas la. hopefully, berjaya la pujuk hubby bertolak balik hari jumaat malam. please la jgn balik ari sabtu pagi, memang tak berbaloi. Nak balik penang tau, bukan slim river. Kalau slim river okay la balik ari sabtu pagi sebab sejam jer leh sampai umah. nie ha, 4 -5 jam baru sampai. kalau reti nak bertolak pagi2 buta okay la. Walaubagaimana pun, akan ku usaha untuk balik malam tu jugak. he..he..he..

SEMOGA MISI BERJAYA!

Saturday, April 10, 2010

Anak mama atau anak ayah


Salam,

Alkisahnya, pagi tadi leeja nak mandikan anak2. tapi masing2 tak nak mandi.

leeja : Adam.. Maisarah... jom mandi
A&A : buat dek jer... teruskan bermain dan tengok kartun

dua tiga kali jugak ler leeja ngajak, tp masih sama.

leeja : sapa anak mama, jom mandi.
Adam : adam anak ayah...

hu..hu... pandai pulak la dia menjawab. alahai anak.



Tuesday, April 06, 2010

Hey, I got a new dress

Salam,

Entry nie, leeja nak cite gelagat Maisarah bila dapat baju baru yang Leeja beli dari ninie. Cute la baju tu. I like it very much sebab dia color pink. hi..hi.. mak dia yang syok lebih. Anak pun suke jugak.
Bila Maisarah tengok baju tu, dia buat aksi malu2 dia la. pas tu, nak control malu, terus dia pi simpan dalam almari baju dia.
Pagi tadi, after mandi, saja la try baju tu kat Maisarah. Syok la budak tu, sebab ingat nak pi jalan2. maklumlah... kalau pakai baju cantik2, maknanyer nak naik car. Lepas try, posing sikit. Mujurlah lepas tu nak dia tukar baju lain. kalau tak, alamat comot la baju tu.
Yey... Maisarah dah ada baju nak gi jalan2. Dah lama tak beli baju. Baju lama dah banyak yang tak leh pakai dan ada yang dah kusam. layan aksi posing cik adik nie....


Sunday, April 04, 2010

Something to share

Salam,

Kadang2 leeja tefikir macam mana nak buat worksheet untuk anak. kalau nak beli buku latihan, parah jugak la. berapa banyak buku latihan nak beli.
Bagi leeja, leeja suka buat latihan sendiri untuk anak. boleh pelbagaikan latihan dan customise mengikut tahap mereka. Kat side menu blog nie, leeja ada linkkan beberapa website on kids activities yang korang boleh gunakan untuk anak2 korang. sometimes, budak2 nie enjoy dan eager kalau tengok mak dia prepare something untuk diorang. I am not so sure about this, but, kalu adam dam maisarah, berebut-rebut nak buat as compared to buku. Kalau buku, depa syok buat masa baru beli aje. Kena suruh betul2 baru nak buat. But, kite perlu perbagaikan medium aktiviti untuk anak2.

Saturday, April 03, 2010

Suka2 futsal

Ari sabtu lepas aku main futsal. Nie la first time aku main. itupun department aktiviti. Best gak. tapi lepat tu sakit urat la sebab dah lama tak senaman. walaupun tak pernah main, tapi kitorang menang tau. walaupun, menang penalti. 1-0. boleh maintain tanpa jaringan tu okay lah ek. ekceli, bayak peluang untulk jaringkan gol, tapi, skill striker tu kureng, so dapat la ditahan oleh penjaga gol. jom layan gambar2 futsal.


maisarah minum ribena sambil tengok mama main futsal.


Adam pulak sedang beraksi buat kali pertama


Gol ke tidak nie?


Tengah tengok mama beraksi. Amacam, okay ke?


Nie lak kenapa? Nak kena kad merah ke? Ala, maisarah tak salah pun...

Lepas main futsal, aku bawa Adam ngan Maisarah pegi tesco. Actually ada nak beli barabg sikit, tapi lain lak jadi nya... seperti gambar dibawah....



Lepas nie, kalu ada geng, leh la main futsal lg. Kawan2 kalu ada yang main futsal, roger la saya. Nak join gak.

Friday, April 02, 2010

Good-bye Colombo

Hari nie aku cuti. Penat tak abih lagi dan nak kena kemas umah. Aku baru je balik dari Colombo, Sri Lanka semalam. Kalau tak kerana kerja, mungkin aku tak sampai ke sana. Walaupun untuk jangkamasa dua hari, aku rasa cukup bangga dan sayu kerana aku dah sampai sana. Kenapa? kalau diikutkan salasilah keluarga sebelah mak aku, moyang aku berasal dari sana. Mak aku cerita, masa dulu tu kan ada perang saudara kat sana, so, moyang aku dan abang dia lari la bawa diri. Akhirnya, sampai la kat Malaysia nie. Al-Fatihah buat moyang aku dan tok wan aku. Moga roh kalian dikalangan orang2 beriman.

Flight aku dari KL kul 8 malam. lebih kurang pukul 4 pagi aku sampai sana. Waktu sana lebih kurang pukul 1. Penat giler... mana taknya, 8 jam dalam flight. Kalau kat umah, dah nyenyak tido. I've been informed that it's 3.5 hours journey. but, dia dah salah kira la. So, mentally prepared 3 jam je lah.

Sampai je hotel, terus tido. Ngantuk. Biasa la, tak nyenyak sangat. Bangun pagi, selak jer langsir, wah... cantiknya pandangan mata. Baruku tahu, hotel tu dekat ngan laut. Mujur dapat sea view. Dapat menjamu mata pada Lautan Hindi yang luas terbentang.







Masa 2 hari terlalu singkat, mana dgn jet lag nya, kerjanya, penat. Tak sempat nak jalan2 (dalam erti kata lain, shopping). maklumla orang cakap baju kat sana murah2. Nak jugak tengok2.

Cepat2 la habiskan kerja 2nd day tu, kalau habis awal, leh la nak pusing2. Alhamdulillah, everything as scheduled, yippie, leh gi jalan walaupun 3-4 jam. It's shopping time. Macam la duit banyak, aku bawa RM160 (lebih kurang 5000 rupee) je gi sana. takde plan nak shopping pun sbb tau tak cukup masa. tapi memandangkan, lunch ngan dinner, diorang belanja, adalah duit lebih untuk shopping. Aku siap mention kat kawan aku lagi tu yang suruh je dia habiskan duit aku sbb aku takde masa nak jalan2. Dia okay la, sbb dia extend stay kat sana, lagipun hubby dia ikut.

so, RM160 apa yang aku dapat?





Dress nie harga dia lbh kurang RM20 dan t-shirt tu dalam RM10. bestnyer kan.

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers