Saturday, November 07, 2009

Kids games & activities....

Bila baca nukilan aida ari nie, aku pun nak jugak la kongsi info berkenaan laman web untuk anak2 nie. Untuk adam, aku belikan CD games Jump start dan Dr suess. So, adam belajar mengenal ABC drpd software ni. Aku terpaksa menggunakan kaedah pembelajaran melalui komputer kerana Adam tak berapa focus kalau aku mengajarnya menggunakan kaedah biasa. ada saja la dia nak main... nak susu la... nak itu dan ini..




Ada juga beberapa website yang sering aku kunjungi iaitu http://www.nickjr.com . Adam memang suka sangat laman web nie, sebab dia boleh main games dora dan diego. Selain itu, baru2 ini dari blog yanmie, http://www.starfall.com/ . best gak website nie.

Walaubagaimanapun, kaedah pembelajaran menggunakan flash card memang bagus. Untuk adam & maisarah, aku buatkan flash card sendiri. aku print ABC tu, then laminate it guna iron. boleh la buat flash card mengikut kesukaan kita. Kalu beli, asyik koyak je.... lagipun, aku buat flash card tu bersama anak2, semangat sikit diorang nak baca. gerenti tak koyak sebab dah laminate.

Untul anak2 mama, mama rasa puas sebab dapat buat flash card sendiri untuk kalian.
Contoh flash card tu pun boleh dapatkan daripada website juga.




No comments:

Post a Comment

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers