Tuesday, May 18, 2010

Mandi malam

Pagi nie leeja dapat e-mail dari kawan leeja. e-mail tu pasal mandi malam.

Di petik dari akhbar kosmo online
MELAKA - Amalan mandi malam boleh menyebabkan lumpuh!
Mungkin ramai yang tidak mempercayainya dan menganggap ia hanya mitos.
Namun bagi Umar Abdul Rahman, 62, amalan mandi malam dipercayai telah menyebabkan isterinya, Asnah Yaman, 60, lumpuh seluruh badan sejak empat bulan lalu.
Menurutnya, isteri beliau mula mengamalkan mandi malam iaitu antara pukul 8 dan 9 malam setiap hari sejak enam tahun lalu.
"Saya pernah menasihatkan isteri agar tidak mandi malam kerana pernah terdengar petua orang tua bahawa mandi malam tidak elok untuk kesihatan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Bukit Lintang di sini semalam.
Umar memberitahu, nasihatnya itu tidak diendahkan oleh isterinya itu dan beliau (isteri) terus mengamalkan mandi malam setiap hari.
"Kira-kira empat bulan lepas, secara tiba-tiba isteri saya mengadu badannya rasa lemah dan hanya berbaring di katil saja.
"Namun setelah dua hari, keadaan isteri saya masih tidak berubah lalu saya membawanya ke hospital dan disahkan lumpuh," kata pesara tentera itu.
Beliau memberitahu, setelah isterinya lumpuh, beliau semakin yakin bahawa petua itu memang ada kebenarannya dan amalan mandi malam memang boleh mengundang pelbagai penyakit.
Ujarnya, selain boleh menyebabkan lumpuh, beliau juga percaya amalan mandi malam boleh menyebabkan seseorang itu tidak subur.
"Kepada yang suka mandi malam, saya nasihatkan agar tinggalkan amalan itu sebelum terlambat," katanya.

Seriau pulak rasanya bila baca petikan tu.
Dah la leeja nie jenis yang suka mandi malam. Yelah, bila sampai umah dah about kul 7 lebih dah. buat la apa2 yang patut dulu, pastu masak, kemas dll. dah settle semua baru terhegeh-hegeh nak mandi. selalunya, antara kul 8 - 10 malam la kite mandi. Yelah, kalu mandi awal, lepas kemas2 umah, dah berpeluh la... lepas masak, dah bau bawang la dan sebagainya. tu pasal la kite mandi lewat tu.

hu..hu.. pas nie, akan diusahakan untuk mandi awal. Badan pun dah sengal-sengal. maybe sebab urat dah kembang la sbb suka sangat mandi malam. memang pun mandi malam nie tak elokkan. dah tau tapi wat jugak. bila baca artikel tu, macam ngeri sikit. oleh itu, renung-renungkan.

1 comment:

  1. mmmg benar kenyataan ni.mia yg mengidap sakit sendi ni pun doktor ckp...jgn amalkan mandi lewat malam ke..x elok..

    pernah nenek saudara, sakit paru2x berair sebab kes ni la...

    selalu mia mandia sblm jam 7.45malam la.

    ReplyDelete

Welcome

..
Daisypath Anniversary tickers