Monday, November 15, 2010

Majlis Penyampaian Sijil Tabika Ilham Bestari ke-14

Salam,

Hari sabtu lepas, 13 Nov 2010, tamatlah sudah sessi persekolahan Adam bagi sessi 2010. Em.. dah setahun dah adam masuk sekolah. Alhamdullillah. Terima kasih pada cikgu Siti yang tidak pernah mengenal jerih perih mengajar Adam Mustaqim.
Majlis penyampaian sijil diadakan di Dewan Sri Perkasa, Taman Maluri, Cheras.

Adam buat persembahan tarian, Tarian Joget Mak lodah. Rasa tak sabar nak tengok adam buat persembaham. Excited sangat. Maklumlah, pertama kali anak wat persembahan. Memang berdebar jugak, sebab risau adam terkedu jer sbb mama ngan ayah ada. masa ri sukan ari tu, mcm tu jugak, terus adam tak buat senaman erobik sbb mama ada kat situ. Tapi, kali nie adam berjaya buat dgn baik. Mama bangga ngan anak mama nie. Memang best tariannya, pandai cikgu ngajar. Adik pun excited tgk abangnya menari.

Untuk anak mama nie, teruskan usaha. jangan putus asa dalam menuntut ilmu.


p/s : masuk sekali photo adik yang nak jugak inter-frame.

No comments:

Post a Comment

Welcome

..